“Sebagai HambaNya, Saya Sudah Berikhtiar…,” Tetap Lancar Lagu Meski Dalam Krisls C0VID-19, Penyanyi Baru Fadh Majid Tak Peka

Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.

Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak di  IG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.

Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.

Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.

Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.

Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.

“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.

“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malah  demi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjang  kita mengharungi krisis wabak Covid19”

“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.

“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlis  dilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.

Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.

“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.

Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.

Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.

“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.

“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.

“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.

Menariknya juga, penyanyi asal Melaka ini turut berkebolehan menyampaikan lagu beritma irama tradisional.

“InsyaAllah kalau kehadiran saya diterima baik, dapatlah saya  menonjolkan kebolehan nyanyian   pada umum.

“Bahkan sangat berbangga jika diberi peluang merakamkan lagu irama Malaysia suatu hari nanti,” akhiri Fadh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mh

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sebagai HambaNya, Saya Sudah Berikhtiar…,” Tetap Lancar Lagu Meski Dalam Krisls C0VID-19, Penyanyi Baru Fadh Majid Tak Peka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*