Ajay Devgan Nafi Kajol Dan Anak Perempuan Mereka Posltif Covid-19

PELAKON Ajay Devgan tampil menafikan khabar angin yang mendakwa isteri yang juga akres Kajol dan anak perempuan mereka Nysa Devgan positif wabak Covid-19.

Menerusi laman Twitter Devgan menegaskan khabar angin tersebut tidak benar dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan mereka sekeluarga.

“Terima kasih kerana bertanya. Kajol dan Nysa sihat-sihat saja. Khabar angin yang disebarkan tentang kesihatan mereka itu tidak tepat dan tak munasabah,” katanya.

Ajay berkongsi perkara itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Selepas kerajaan India mengumumkan tempoh Perintah Berkurung (lockdown) selama 21 hari bermula 28 Mac lalu, timbul desas-desus mengatakan Kajol dan anak perempuannya, Nysa, dijangkiti Covid-19.

Sebelum menjalani perintah tersebut, Kajol baru selesai penggambaran filem VIP2 manakala Ajay sedang menjalani penggambaran filem pertamanya berbahasa Telugu-Tamil-Hindi berjudul RRR.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ajay Devgan Nafi Kajol Dan Anak Perempuan Mereka Posltif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*