“P0lis Manusia Biasa” Ismail Sabri Gesa Rakyat Beri Kerjasama Semasa PKP Untuk Elak Tindakan Keras

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berdasarkan prosedur sedia ada, namun rakyat seharusnya mempunyai pertimbangan apabila pihak berkuasa menjalankan sekatan dan pemeriksaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, perkara yang membabitkan anggota akan diambil tindakan sewajarnya oleh PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Mereka ada peraturan dan SOP (prosedur operasi standard) sendiri, jadi kita serahkan kepada mereka,” katanya pada sidang media, petang Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada polis yang menggunakan tindakan keras semasa penguatkuasaan PKP wajar disiasat.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan turut mengingatkan masyarakat agar memberi kerjasama yang penuh kepada pihak polis dalam menjalankan sekatan dan pemeriksaan.

“Polis adalah manusia biasa, kita yang duduk di rumah satu hari pun terasa berbagai-bagai dalam pemikiran.

“Pihak polis ada yang menjalankan sekatan jalan raya panas berhujan, dari pagi hingga malam untuk membantu menyelamatkan nyawa rakyat di negara ini.

“Jadi, kita perlu memberi pertimbangan sewajarnya. Kalau niat polis baik untuk menyelamatkan nyawa tapi dimaki hamun sebagainya, saya percaya ada yang membuat tindak balas.

“Jadi tolong beri kerjasama kepada pihak polis bagi membantu mereka untuk menjalankan tugas, bagi menyelamatkan kita semua,” katanya.

Polis bersama ATM menjalankan sekatan jalan raya di seluruh negara. Foto Bernama

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana individu yang menganggu pihak berkuasa semasa menjalankan operasi PKP akan dikenakan tindakan di bawah kanun keseksaan.

“Kesalahan bukan sahaja mengingkari pematuhan PKP tetapi juga menganggu pihak polis menjalankan tugas, mereka bukan setakat melanggar Akta 342 (Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) tapi juga tindakan di bawah Kanun Keseksaan, sebab tu ada yang dikenakan penjara lapan bulan,” tambahnya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa kini menggunakan tindakan keras terhadap mana-mana individu yang mengingkari PKP.

“Tindakan-tindakan polis kini di tahap keras. Mula-mulanya berlembut dan nasihat, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini adalah mod keras,,” tambahnya.

Mengenai perkembangan terkini operasi PKP pada Sabtu, polis menahan 368 individu yang mengikari PKP, menurun sebanyak 11 peratus berbanding jumlah tangkapan pada hari sebelumnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“P0lis Manusia Biasa” Ismail Sabri Gesa Rakyat Beri Kerjasama Semasa PKP Untuk Elak Tindakan Keras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*