“Pink Dis4hkan P0sitif C0VID-19,” Derma Lebih RM4 Juta

Penyanyi popular Hollywood, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19 dua minggu lalu.

Namun menurut Pink, selepas membuat ujian kali kedua beberapa hari lalu, dia dan Jameson telah mendapat keputusan negatif dan sembuh dari jangkitan virus tersebut.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Dua minggu lalu, saya dan anak lelaki saya, Jameson, 3, telah mengalami gejala COVID-19, kami telah disahkan positif COVID-19.

“Keluarga saya hanya berada di rumah dan terus berbuat demikian dua minggu lalu atas nasihat doktor.

“Kemudian, kami diuji semula beberapa hari lalu dan mendapati keputusan terbaru adalah negatif,” tulis Pink di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Pink mengingatkan orang ramai tentang bahaya penyakit COVID-19 yang boleh menyerang manusia tanpa mengira sesiapa.

“Orang ramai harus tahu penyakit ini boleh menyerang sesiapa tidak kira tua atau muda, sihat atau tidak sihat, kaya atau miskin.

“Ujian penyakit ini harus dilakukan dengan percuma dan ia sepatutnya mudah didapati dimana-mana sahaja,” tulisnya lagi.

Untuk merealisaikan perkara itu, Pink menderma sebanyak 500,000 USD (melebihi RM2 juta) kepada tabung kecemasan Temple University Hospital dan 500,000 USD untuk tabung kecemasan Datuk Bandar Los Angeles bagi menangani krisis COVID-19.

“Saya menderma sebanyak 5000,000 USD kepada tabung kecemasan Temple University Hospital di Philadelphia, saya juga menderma 500,000 USD kepada tabung kecemasan Datuk Bandar Los Angeles yang sedang berhadapan krisis COVID-19 ini,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Two weeks ago my three-year old son, Jameson, and I are were showing symptoms of COVID-19. Fortunately, our primary care physician had access to tests and I tested positive. My family was already sheltering at home and we continued to do so for the last two weeks following the instruction of our doctor. Just a few days ago we were re-tested and are now thankfully negative. It is an absolute travesty and failure of our government to not make testing more widely accessible. This illness is serious and real. People need to know that the illness affects the young and old, healthy and unhealthy, rich and poor, and we must make testing free and more widely accessible to protect our children, our families, our friends and our communities. In an effort to support the healthcare professionals who are battling on the frontlines every day, I am donating $500,000 to the Temple University Hospital Emergency Fund in Philadelphia in honor of my mother, Judy Moore, who worked there for 18 years in the Cardiomyopathy and Heart Transplant Center. Additionally, I am donating $500,000 to the City of Los Angeles Mayor’s Emergency COVID-19 Crisis Fund. THANK YOU to all of our healthcare professionals and everyone in the world who are working so hard to protect our loved ones. You are our heroes! These next two weeks are crucial: please stay home. Please. Stay. Home.❤️

A post shared by P!NK (@pink) on

Untuk perkembangan COVID-19 di Malaysia, jumlah kes telahpun mencecah 3,333 secara keseluruhan setakat semalam, 3 April 2020.

827 dari jumlah itu telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, jumlah kematian pula adalah sebanyak 53 orang termasuk tiga kes baru pada semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pink Dis4hkan P0sitif C0VID-19,” Derma Lebih RM4 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*