“Terima Kasih Atas Sokongan…” Petisyen Gvgur Vivy Sebagai BOD UiTM Dip@dam

Petisyen untuk menggugurkan usahawan Vivy Yusof daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dipadamkan.

Perkara tersebut diumumkan pengguna laman sosial dikenali sebagai Mazril Mazlan yang juga pelancar petisyen, menerusi sebuah kemaskini semalam (Ahad).

Menerusi kemaskini tersebut Mazlan berkata dia membuat keputusan untuk memadam petisyen tersebut kerana petisyen tersebut telah mencapai target dan selesai.

Mazlan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong.

Terdahulu, warganet telah melancarkan petisyen sebagai tanda protes terhadap Vivy yang didakwa menghina golongan B40 dan M40.

Petisyen tersebut juga diwujudkan untuk mengajak orang ramai terutama golongan B40 dan M40 memboikot Vivy yang juga Pengasas Fashion Valet dan Duck Group.

Petisyen ‘Drop Datin Vivy Yusof as UITM board member & choose an alumni’ telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna laman sosial sejak ia dilancarkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Atas Sokongan…” Petisyen Gvgur Vivy Sebagai BOD UiTM Dip@dam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*