“Pernah Hadiahkan Kereta Kepada Semua Penonton Di Studio,” Oprah Winfrey Derma RM44 Juta Bantu Kekang C0VID-19

Oprah Winfrey telah mengumumkan sumbangan sebanyak kira-kira RM44 juta (USD10 juta) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, lapor CNN Menerusi Fox8.

Daripada jumlah itu, RM4.3 juta (USD1 juta) daripada jumlah sumbangan “Help Americans During This Pandemic” akan didermakan kepada America’s Food Fund bagi membantu golongan yang kelaparan akibat wabak berkenaan ini.

Perkara terkait juga turut dikongsikan antara selebriti terkaya dunia ini menerusi Instagram.

Sinonim dalam sisi amal kebajikan dan tanggungjawab sosialnya, Oprah sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila menghadiahkan hampir 300 buah kereta buat setiap seorang penonton program bual bicaranya, Oprah Winfrey Show kira-kira 14 tahun dulu.

Terdahulu, selain Oprah beberapa selebriti Hollywood lainnya turut menghulurkan sumbangan berikutan krisis COVID-19 yang meruncing di negara Uncle Sam itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pernah Hadiahkan Kereta Kepada Semua Penonton Di Studio,” Oprah Winfrey Derma RM44 Juta Bantu Kekang C0VID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*