“Dijangklti C0vid-19 Semasa Lawatan Ke Pakistan,” Ibu Kembar Empat MeninggaI Dunla

SEORANG ibu kepada lima orang anak yang juga ahli majlis disegani meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 semasa lawatan ke Pakistan.

Shabnum Sadiq yang berkhidmat di Majlis Slough Borough, England menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 April lalu selepas bergelut dengan komplikasi jangkitan berbahaya itu.

Dia meninggalkan suami dan lima anak termasuk kembar empatnya yang kini berusia 13 tahun.

Ketua Majlis James Swindlehurst berkata:”Berita ini amat mengejutkan kita semua dan doa kami untuk keluarga dan rakannya.”

“Shabnum merupakan ahli majlis yang berdedikasi walaupun hanya berkhidmat pada tahun pertamanya. Dia juga melakukan banyak sumbangan kepada majlis ini.

“Kami bekerjasama rapat dan secara peribadi saya amat merinduinya. Ini adalah kehilangan besar untuk kami begitu juga keluarga dan rakan-rakannya.

“Semoga dia bersemadi dengan tenang dan keluarganya bersabar atas pemergian wanita hebat ini,” kata Swindlehurst.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dijangklti C0vid-19 Semasa Lawatan Ke Pakistan,” Ibu Kembar Empat MeninggaI Dunla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*