Kritik Makanan PKP? ‘Makcik’ Ex-UM Basvh Pelajar Tak Reti Bersyukur

TATKALA ramai yang tidak mampu menjamah makanan enak kerana hilang sumber mata pencarian gara-gara Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP), namun masih wujud insan yang tidak tahu erti bersyukur.

Baru-baru ini tul4r satu posting di media sos1al yang mana seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) memuatnaik gambar makanan percuma yang diagihkan untuk para mahasiswa yang dikuar4ntin di kolej kediaman masing-masing.

Bersama-sama posting tersebut, pelajar berkenaan menulis: “Ini contoh makanan untuk mahasiswa Universiti Malaya yang duduk dekat kolej kediaman ya. Bukan tak bersyukur tapi tu lah….”

Gara-gara posting tersebut, pelajar berkenaan tervk dikec4m warga maya yang menyifatkannya tidak pandai bersyukur.

Menerusi ruangan k0men, netizen berkata pelajar tersebut sepatutnya bersyukur kerana diberikan makanan secara percuma sedangkan lebih ramai yang terpaksa berjimat cermat dan mengikat perut.

Posting yang dimuat naik seorang pelajar IPTA di Twitter sebelum ia dipad4mkan.

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman, seorang pelayar Facebook yang juga bekas mahasiswi di IPTA berkenaan, Ijah Amran menceritakan dia pernah mempunyai hanya RM2 dalam dompet untuk bertahan sehingga gaji bulan seterusnya masuk.

“Saya pernah masa tu bulan puasa 1998, duit tinggal RM2. Fikir nak jalan kaki balik rumah (dari Seksyen 17 PJ sampai ke Vista Angkasa, Kerinchi) dan guna RM2 ni beli Maggi atau naik bas… balik rumah bancuh teh O bubuh gula.

“Saya buat keputusan naik bas sebab bulan puasa, tak larat nak berjalan. Minum teh O pun… teh O lah. Alhamdulillah aje.

“Elok saja sebelum balik, siapa entah tinggalkan dua biji putu bambu dekat pantri, jadi itulah juadah berbuka saya. Saya buka puasa dekat pejabat, lepas tu jalan balik ke Kerinchi. Duit tu guna beli Maggi, tahan tiga hari dan lepas tu gaji… lega,” tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Sebahagian perkongsian oleh seorang pelayar Facebook mengenai pengalamannya yang pernah kesemp1tan wang sehingga terpaksa mengikat perut.

Menurut Ijah atau nama sebenarnya Rafizah Amran yang kini menjawat jawatan kanan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC),  dia masih mengingati dengan jelas detik ‘kesemp1tan wang’ itu kerana mencatatnya di dalam diari.

Malah tambahnya, wang gaji juga digunakan sebaiknya hanya untuk membayar sewa rumah, bil, tambang pengangkutan dan makanan, dan tiada langsung yang dapat diperuntukkan untuk membeli pakaian berjenama.

“Tiada siapa yang tahu mengenai ini, walaupun lebih 20 orang yang tidur menumpang bergilir-gilir di apartment saya ketika itu.

“Sebab, sus4h macam mana pun, saya pastikan dekat rumah sentiasa ada makanan atau barang yang boleh dimasak supaya yang menumpang tak putvs makanan.

“Mereka boleh beritahu anda, ‘makcik’ tak pernah mengelvh pasal makanan atau rezeki. Iya saya tak berduit tapi saya tak miskin,” ujarnya.

Disebabkan itu, dia hairan bagaimana seorang pelajar yang diberikan makanan percuma masih mengelvh soal rezeki.

Sal4h satu gambar makanan percuma yang dimuat naik oleh pelajar berkenaan.

“Mengutvk makanan PKP UM? Astaghfirullah dik, makcik tak tau nak cakap apa kat hang. Saya beri sumbangan makanan kepada pelajar di UM yang kurang berkemampuan.

“Kita bagi biskut kering dengan Maggi aje pun… dia punya menang1s macam kita bagi dia tomahawk wagyu steak medium rare. Ini bukan cerita lama. Cerita November lepas saja.

“Dik, makcik doakan Allah kurniakan awak rezeki and kesihatan supaya awak tak perlu memilih antara tambang bas atau tiga paket Maggi, amin,” tulisnya lagi.

Pelajar berkenaan bagaimanapun sudah memad4m tweet berkenaan selepas mendapat kec4man hebat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kritik Makanan PKP? ‘Makcik’ Ex-UM Basvh Pelajar Tak Reti Bersyukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*