“Maia Estianty Tumbuh Jerawat” Memikirkan Nasib ‘Fr0ntliners’ MeIawan C0vid-19

PENYANYI Maia Estianty meluahkan rasa bimbang terhadap nasib pasukan perubatan dalam menghadapi wabak Covid-19 yang semakin serius.

Dipetik laporan Liputan6, Maia memberitahu wajahnya ditumbuhi jerawat kerana terlalu memikirkan nasib yang menimpa pasukan perubatan.

“Muka saya timbul jerawat sebab terlalu memikirkan video rakan-rakan pasukan perubatan yang menangis berkata ‘saya tidak mahu mati’,” katanya.

Maia berkongsi perkara itu ketika membuat siaran langsung di Instagram Glitzmedia pada Rabu.

Bekas ahli kumpulan Ratu itu berkata dia berasa bangga terhadap petugas barisan hadapan dan turut memberikan kata-kata semangat.

“Saya sangat bangga dan menghargai semua kakitangan perubatan. Mereka reda tidak berjumpa dengan keluarga kerana perlu bekerja.

“Ini adalah jihad untuk melakukan yang terbaik. Walaupun ada perkara buruk yang terjadi, awak akan mendapat ganjaran yang besar.

“Ini merupakan peperangan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat. Awak berjuang untuk membantu rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Maia turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama melawan wabak Covid-19 ini.

“Sekurang-kurangnya kita ringankan beban pegawai perubatan. Tolong bantu mereka dengan memakai penutup muka, menjaga kesihatan.

“Kita mesti bekerjasama untuk melawan Covid-19 ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Maia Estianty Tumbuh Jerawat” Memikirkan Nasib ‘Fr0ntliners’ MeIawan C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*