“Ala-Ala The Rock Zaman Muda, Ada Yang Kata Macam Skinhead,” Pot0ng Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati

Semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan premis yang menawarkan sevis perkhidmatan tidak dibenarkan beroperasi termasuklah servis gunting rambut.

Lantaran itu, pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah mengambil inisiatif untuk memotong rambutnya sendiri lalu, memuat naik gambar stail terbarunya itu di Instagram.

Jelas Zizan, dia memotong rambutnya itu disebabkan terlalu bosan kerana tiada perkara yang ingin dilakukannya.

“Bila takde kerja potong sendiri rambut. So ini result dia.

“Ala ala the rock zaman muda. Ada yang kata budak skin head,” katanya.

Menurut Zizan lagi, dia ingin wanita di luar sana tahu bahawa dia juga memiliki bakat terpendam sebagai tukang gunting rambut.

“Itu tak kesahlah janji wanita-wanita diluar sana tahu yang abang zan ade bakat gunting rambut so senanglah untuk anak kita nanti tak perlu pegi barber,” jelasnya lagi.

Posting lucu tersebut telah meraih hampir 200,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Zizan tersebut termasuklah rakan artis, Tomok dan Joe Flizzow.

Semalam, kerajaan telah mengumum beberapa sektor tambahan dibenarkan beroperasi sepanjang fasa ke-3 PKP termasuklah kedai cermin mata, kedai peralatan elektrik & elektronik dan servis potong rambut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Instagram Zizan Razak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ala-Ala The Rock Zaman Muda, Ada Yang Kata Macam Skinhead,” Pot0ng Rambut Sendiri, Stail Zizan Razak Bikin Ramai Geli Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*