‘Duit Ke Tangan Pencvri!’. ‘Projek Tudung’ RM280K Dipertlkaikan, Ini Penjelasan Doktor

Menerusi lamanMedtweetmy yang merupakan portal rasmi gabungan para doktor dan petugas kesihatan, mereka memaklumkan menerima banyak sumbangan dari pelbagai pihak. Tabung covid yang dibuka sejak 22 Mac lalu adalah bertujuan membantu frontliner menghadapi Cov1id-19. Antara sumbangan yang dibuat orang ramai adalah tudung bagi melindungi mereka terdedah dengan jangkitan vi1rus ini.

Namun lain pula jadinya apabila beberapa individu pertikaikan jumlah tudung yang dikatakan pembaziran dan tak masuk akal. Di Facebook, seorang doktor beri penjelasan sebenar mengenai tudung yang dimaksudkan.

8 ribu helai tudung disumbangkan

Baru-baru ini, terdapat pertik4ian berkenaan sumbangan tudung dengan nilai anggaran RM280,000 yang disalurkan oleh NGO Medtweetmy kepada petugas barisan hadapan. Dipersoal kenapa beri tudung sebesar itu jumlahnya, tetapi tak disalurkan pula bantuan pada orang awam yang lebih memerlukan.

Kenapa beri tudung?

Tudung diberi bukan untuk para petugas untuk mereka melaram, dan bukan sahaja untuk para petugas barisan hadapan yang beragama islam. Tudung berkenaan dijadikan sebahagian daripada kelengkapan perlindungan diri (PPE) semasa menyaring para pes4kit. Petugas wanita serta lelaki, tak kira apa agama mereka, boleh guna tudung itu untuk pastikan rambut mereka tidak terkeluar daripada gaun pelindung. Ya, lelaki pun pakai juga.

Kenapa mahal sangat?

RM280,000 yang diterima oleh NGO Medtweetmy adalah sumbangan dalam bentuk barangan(tudung) dari orang persendirian dan syarikat tudung. Medtweetmy tidak gunakan dana awam yang dikumpul untuk beli tudung, tetapi hanya agihkan tudung yang disumbang berkenaan. Nilai terkumpul sumbangan tudung adalah anggaran mengikut harga pasaran tudung berkenaan. Penyumbang ingin memberi tudung mahal, itu terpulang kepada mereka.

Tudung ini pakai buang

Kenapa banyak sangat?

Tudung berkenaan walaupun jenis boleh guna semula, ada digunakan sekali sehaja. Bermakna, ada yang pakai-buang terutamanya jika uruskan kes disyaki positif. Ini kerana untuk uruskan pembersihan tudung setiap kali digunakan perlukan pengurusan dan koordinasi pelbagai pihak. Ia sukar dilakukan pada waktu begini, sebelum ini dobi tidak dibuka. Para penyumbang pun maklum bahawa tudung sumbangan mereka ada digunakan secara pakai-buang. Ia persetujuan termaklum (informed consent).

Ada rakyat kebulur, kenapa tak beri sumbangan?

Setiap NGO buka tabung bantuan dengan matlamat khusus dan ia diberitahu semasa hebahan tabung. Medtweetmy buka “Tabung COVI1D-19 MedTweetMY : Bantuan Khas Untuk Barisan Hadapan” dan nama ini sudah jelas matlamatnya. Medtweetmy juga keluarkan poster projek yang dijalankan. Jika penyumbang niat nak sumbang pada barisan hadapan, boleh salurkan ke tabung ini, jika mereka nak salur pada orang awam, boleh salur pada tabung NGO lain yang fokus pada bantuan pada awam.

Mana saya nak tahu semua ini?

Kalian boleh ikuti laman FB rasmi NGO Medtweetmy di Medtweetmy. Bagi menjamin ketelusan, kutipan dana awam melalui Tabung COV1ID-19 Medtweetmy di kemaskini setiap hari. Setiap projek dan saluran bantuan di hebahkan dalam bentuk laporan dan visual dari masa ke masa. Sebarang keraguan dan pertanyaan boleh diajukan pada peti masuk laman berkenaan. Para pentadbir akan cuba jawab dan jelaskan sebaik mungkin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :OHBULAN

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Duit Ke Tangan Pencvri!’. ‘Projek Tudung’ RM280K Dipertlkaikan, Ini Penjelasan Doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*