“Ibarat Suruh Perempuan Pergi Beli Barang RXZ..” Keliru Cari Baking Powder, Rakan Twitter Bantu Saharul Ridzwan

Sejak bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan menyarankan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan.

Perkara tersebut nyata memberi sedikit kesukaran buat segelintir pihak yang sebelum ini kurang mengetahui jenis barangan di pasar raya.

Terbaru, pelakon, Saharul Ridzwan ada berkongsi kisahnya ketika ingin membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya.

Menurut Saharul, dia terpaksa menggunakan khidmat Google untuk mencari baking powder meski pun sudah berada di bahagian tepung.

“Aku termasuk dalam golongan yang tengah google apa itu baking powder kat depan tepung2 ni.

“Hadoi. Payah betul,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh pemenang tempat ke-3 Hero Remaja 2011/12 itu di laman Twitter miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut memberi panduan untuk mencari tepung tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Saharul Ridzwan

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ibarat Suruh Perempuan Pergi Beli Barang RXZ..” Keliru Cari Baking Powder, Rakan Twitter Bantu Saharul Ridzwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*