“Sedih Dengan Keadaan Yang Terjadi Dalam Dunia Ni,” Kaka Azraff

Penyanyi, Kaka Azraff kini akui banyak meluangkan masa bersama anak dan suaminya, Adam Azriff sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sibuk ini turut kerap melakukan aktiviti memasak sepanjang berada di rumah selain mempelajari alat muzik, Ukelele.

“Sepanjang PKP ni Kaka banyak meluangkan masa anak Kaka selain bersama suami.

“Di samping itu, inilah masa untuk Kaka masuk ke dapur sebab sebelum ni memang jarang-jarang sikit nak masuk dapur.

“Banyak belajar benda baru seperti belajar Ukelele dan cuba dapatkan sumber inspirasi daripada Instagram,” kongsi Kaka.

Di samping itu, Kaka juga meluahkan rasa sedih apabila PKP dijalankan seluruh negara yang kini sudah memasuki fasa ketiga.

“Dan perasaan Kaka bila PKP dijalankan Kaka sedih dengan keadaan yang terjadi dalam dunia ni. Kaka berharap seluruh dunia dapat pulih seperti sedia-kala.,” katanya.

Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sedih Dengan Keadaan Yang Terjadi Dalam Dunia Ni,” Kaka Azraff"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*