Pelakon Nak Bekerja Ke? Terkejvt Bila Datuk Rosyam Mula Bersuara

Jika sebelum ini, penerbit Fadzil Teh mengeluarkan pendapat dengan memohon kerajaan membenarkan syarikat-syarikat produksi kembali menjalani penggambaran dengan bersyarat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini. Namun lain pula reaksi diterima dari Datuk Rosyam Nor.

“Saya ada tiga projek drama tertangguh, tetapi akur perintah kerajaan.”

Itu antara reaksi Datuk Rosyam Nor yang percaya sekarang bukan masa sesuai untuk penerbit memohon kelonggaran menyambung penggambaran ketika kerajaan mengawal penularan.

Penerbit Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu mengaku produksinya sendiri terpaksa menangguhkan beberapa projek penggambaran berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Saya yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih tahu dan memantau keadaan ini. Mereka tahu selamat atau tidak untuk kita berada di luar, disebabkan itulah PKP dilaksanakan.

” Sekiranya penerbit ingin meneruskan penggambaran, adakah pelakon atau kru sedia untuk bekerja? Mereka sendiri belum tentu mahu memperjudikan nasib,” katanya kepada BH Online.

Masalahnya ada ke yang sanggup?

Rosyam berkata, industri Malaysia bukannya Hollywood memiliki studio sendiri, sebaliknya perlu menyewa rumah dan premis milik orang lain untuk menjalankan penggambaran.

” Soalnya, adakah ada orang sanggup membenarkan rumah atau premis digunakan dalam keadaan sekarang?

” Kita baru sebulan menjalani PKP. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada penduduk luar negara?

” Mereka tidak ambil endah kerana menganggap virvs ini tidak berb4haya, tetapi lihatlah apa yang berlaku.

” Lagipun, semua stesen televisyen (TV) faham situasi yang berlaku, jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan drama. Kena patuh arahan KKM dan kerajaan.

” Kita juga harus berterima kasih atas tindakan pantas yang diambil kerajaan dan penyebaran lebih terkawal,” katanya.

Sabtu lalu, BH Online melaporkan, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) akan memb0ikot penerbit yang meneruskan penggambaran tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

Jika ingkar, nama pengarah yang juga ahli FDAM disenarai hitam.

Selain itu, FDAM akan menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menarik balik lesen penerbitan dan tidak akan meluluskan sokongan ke atas Sijil Perakuan Penggambaran FINAS.

Presidennya, Ahmad Ibrahim dilaporkan kesal dengan kenyataan beberapa penerbit meminta kerajaan memberikan kelonggaran dengan membenarkan syarikat produksi meneruskan penggambaran dengan bersyarat, dalam tempoh PKP yang dilanjutkan hingga 28 April ini.

Sebelum ini PENERBIT Fadzil Teh memohon kerajaan membenarkan syarikat-syarikat produksi kembali menjalani penggambaran dengan bersyarat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Fadzil berkata, kerajaan boleh meletakkan beberapa syarat yang wajib dipatuhi bagi memastikan penggambaran berjalan dengan lancar dan tidak berisiko dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Fadzil yang juga pemilik syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd berkata, contoh peraturan yang boleh ditetapkan adalah dengan memastikan penggambaran tidak dijalankan di tempat tumpuan ramai.

“Mungkin boleh senaraikan beberapa peraturan contohnya tidak dibenarkan menjalankan penggambaran di tempat tumpuan orang ramai. Selain itu, pihak produksi juga mesti menepati syarat seperti kebersihan diri dan sebagainya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :MB

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pelakon Nak Bekerja Ke? Terkejvt Bila Datuk Rosyam Mula Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*