“Kalau Ampa Nak Mengvtuk Akak, Sebut Paejah Je Lah” Faezah Elai Minta Jngan Babltkan Nama Bapa

Pelakon Faezah Elai meminta netizen untuk tidak menggunakan nama bapanya, Elai ketika meninggalkan komen-komen negatif di plafform media sosial miliknya.

Teguran itu dibuat Faezah atau nama sebenarnya, Noorfaezah Md Elai, 38, selepas mendakwa terdapat pihak yang memanggilnya dengan panggilan ‘Elai’ ketika mengecamnya.

“Nak habaq kat ampa, nama akak, Noorfaezah…Elai ialah nama bapa saya. Jadi, kalau ampa nak mengutuk akak, sebut Paejah (Faezah) je lah..bukan Elai.

“Kasihan pak akak tercekik ampa dok sebut nama dia sebab baru-baru ni, ada ternampak haters dok mengutuk akak, tapi dia tulis, si Elai,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam posting tersebut, Faezah turut memuat naik foto gambar bapanya untuk diperkenalkan kepada umum mengenai si empunya badan yang bernama Elai.

Pada masa sama, kata Faezah, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu mengutuknya, namun jangan membabitkan nama bapanya.

“Nak kutuk akak tu lantak kat hang lah. Cuma, nak kutuk tu biarlah orang yang betul. Elai tak ada kena mengena dalam hal yang ampa tak puas hati sangat tu, jadi faham na..,” ujar Faezah.

Perkongsian Faezah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

“Yang suka panggil nama bapa orang ni, zaman tu dah berlalu lah dik oii..Ini mesti budak-budak baru nak up sampai tahun 2020 pun tak sedar lagi.

“Kurang ajar orang yang kutuk-kutuk pak orang lain. Dah tua pun bodoh. Ingat dulu zaman sekolah, suka sangat masing-masing ejek nama pak sesiapa yang nama lain sikit,” tulis sebahagian netizen.

Dalam pada itu, saksikan drama lakonan Faezah Elai di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Ampa Nak Mengvtuk Akak, Sebut Paejah Je Lah” Faezah Elai Minta Jngan Babltkan Nama Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*