“Lagi Bertambah Selera” Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan

Pelakon Risteena Munim meluahkan rasa kerinduan terhadap tunangannya, Isa Khan untuk makan bersama.

Lebih romantis dan membuka selera Risteena seandainya ada yang sudi menyuapnya makan.

“Haih! Rindu nak makan-makan lagi. Kalau kena suap lagilah tambah selera makan.

“Memang tak risau langsung berat badan naik sebab minum Lovit boleh buat berat badan cepat turun,” kata Risteena.

Pelakon filem Blok 404 itu turut memuat naik foto mesranya disuap Isa ketika menjamu selera bersama-sama sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pasangan itu sering menjadi tumpuan ramai menerusi pelbagai aksi romantis antaranya memotong kuku dan dicucikan kaki.

Malah, baru-baru ini Risteena turut mengirimkan Isa makanan menggunakan perkhidmatan Grab bagi melepas rindu.

Risteena, 30, dan Isa, 26, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.

Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lagi Bertambah Selera” Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*