“Nak Kongsi Sikit, Menangls Tak Berhenti…,” Sampai Mata Bengkak, Sharifah Shahirah Menangis Tonton Drama Korea

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau sinonim dengan panggilan Shiera ada berkongsi satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Shiera memaklumkan keadaan matanya yang kian membengkak akibat menangis selepas menonton drama Korea.

“Mata kita bengkak, bukan apa nak kongsi sikit nangis tak berhenti sebab kena dera dengan suami hah kena tipu. Bukan kena dera tapi tengok cerita Korea menangis.

“Korang PKP macam mana dengan suami okey ke? Dengar kata ada yang kena dera, ada yang macam-macam. I tengok cerita Korea banyak jadi kena menangis layan perasaan. Best cerita Korea!

“Mata bengkak kan? Korang tengok Korea tak sampai menangis? Sedih cerita tu, tajuk Secret cerita dah lama dah,” katanya.

Lalu, perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi pelbagai di kalangan para pengikutnya.

Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.

Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Kongsi Sikit, Menangls Tak Berhenti…,” Sampai Mata Bengkak, Sharifah Shahirah Menangis Tonton Drama Korea"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*