“Pengiktirafan Itu Bukan Untuk Saya Tetapi Untuk Negara..” – Dr Noor Hisham

Sebelum ini, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mendapat pengiktirafan oleh media China dengan menamakan beliau sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam mengendalikan Covid-19.

Perkara tersebut pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangga diatas kewibawaan beliau yang begitu tenang dalam menangani masal4h ini.

Ucap terima kasih atas penghargaan

Oleh hal yang demikian, menerusi sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia hari ini, beliau telah mengucapkan  terima kasih diatas pengiktirafan tersebut.

Bukan penghargaan untuk beliau seorang

Walau bagaimanapun menerusi Harian Metro, beliau dengan rendah diri memaklumkan bahawa pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya seorang, tetapi untuk negara tercinta.

“Pengiktirafan itu bukan untuk saya tetapi untuk negara.”

“KKM memberikan nasihat (kepada kerajaan) dan pastinya yang membuat keputusan bukanlah saya tetapi sebenarnya adalah Perdana Menteri.”

Ucap terima kasih kepada frontliner

Dalam pada masa yang sama, Dr Noor Hisham turut menyatakan bahawa KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan petugas kesihatan serta agensi kerajaan yang sama-sama berganding bahu dalam menangani masalah pendemik Covid-19 ini.

Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan kerajaan sangat membantu pihak KKM dalam mengurangkan rantaian penularan pendemik tersebut.

“KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya yang gigih mengawal sempadan negara.”

“Penghargaan juga kepada mereka dan barisan hadapan kesihatan yang tampil ikhlas bekerja.”

Semalam, Dr Noor Hisham dan dua lagi tokoh perubatan iaitu Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand) diangkat sebagai ‘wajah paling dipercayai’ khususnya dalam menangani pandemik Covid-19 ketika ini.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi media China dan telah tular ke serata dunia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pengiktirafan Itu Bukan Untuk Saya Tetapi Untuk Negara..” – Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*