Terlamp4u Rindu Peluk4n Ayah, Anak Sanggup Berbungkus Plastik Satu Badan

Antara cabaran yang perlu ditempuhi oleh para barisan hadapan setiap negara adalah berk0rban masa dan juga terpaksa berpisah dengan keluarga buat sementara waktu.

Disebabkan itu, kebanyakan para petugas kesihatan dan badan unit beruniform yang terdedah serta berhadapan dengan kelompok C0VID-19 ini tidak disarankan untuk terus berjumpa dengan ahli keluarga selepas habis tugasan harian mereka.

Penjagaan kebersihan diri perlu dilakukan dengan rapi dan juga berkuarantin diri perlu dilakukan sebelum bebas berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing untuk mengelakan sebarang kemungkinan berlaku.

Di Facebook, sebuah video menyayat hati yang memaparkan anak kecil berbalut plastik terharu dan gembira dapat memeluk bapanya setelah sekian lama.  Bapanya yang bertugas sebagai polis sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, dilihat seperti sudah lama tidak melihat dan menyentuh anaknya secara dekat.

Walaupun badan berbalut plastik, kanak-kanak kecil tersebut dilihat sangat puas melepaskan rindu berada didalam dakap bapanya.

Situasi seperti ini sememangnya terpaksa dihadapi oleh kebanyakan para petugas kesihatan dan juga anggota badan beruniform di setiap negara. Lebih memeritkan, mereka ini terpaksa menanggvng rindu terhadap ahli keluarga demi keselamatan masyarakat setempat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Facebook.

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Terlamp4u Rindu Peluk4n Ayah, Anak Sanggup Berbungkus Plastik Satu Badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*