” Boleh tamatkan PKP, tapi…” – Datuk Dr Noor Hisham

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan sekiranya jumlah kes koronavirus baharu (Covid-19) di negara ini berkurangan dan kebolehjangkitan kes dalam komuniti tidak berlaku, selain bergantvng kepada penelitian beberapa faktor lain oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan antara beberapa faktor lain sebelum PKP boleh ditamatk4n, antaranya memastikan kesiapsiagaan negara mengawal penularan wabak dan keupayaan makmal serta hospital.

“Antara faktor adalah pengurangan kes yang masih dirawat iaitu kes kebolehjangkitan. Sekarang ini kita ada 2,198 kes positif dan kalau kes itu berkurangan maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di dalam komuniti.

“Faktor kedua adalah menggunakan surveillance iaitu melihat kes Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernaf4san Akut Tervk (SARI) di dalam komuniti. Sekarang ini terdapat 114 kes dan pemantauan mendapati kedua-dua kes berkenaan semakin berkurangan.

“Kita juga perlu melihat kepada kawasan tertentu dan kepadatan di kawasan itu sama ada masih berlaku jangkit4n atau kluster baharu. Apa yang penting tidak berlaku kluster yang besar sebelum kita boleh menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menamatkan PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Noor Hisham berkata, keupayaan makmal dan kesediaan hospital memberikan rawatan terbaik kepada pesakit Covid-19 juga menjadi pengukur kepada kejayaan mengatasi wabak itu dan membolehkan PKP ditamatkan.

“Paling penting juga dua isu besar ini iaitu keupayaan makmal kita sama ada dapat mengesan kes dengan cepat dan tepat serta keupayaan hospital menampung jumlah pesakit.

Status terkini #COVID19 di Malaysia, 17 April.

Kes baharu 69
Kes keseluruhan 5,251
Kes aktif 2,198

ICU 51 termasuk 26 bantuan alat pernafasan.

Kematian baharu 2 kes
Keseluruhan kemati4n 86 kes atau 1.64%.

“Setakat ini mereka yang tiada gejala dan gejala ringan juga kita masukkan ke hospital untuk pemantauan. Mereka yang ada gejala atau radang paru-paru akan diberikan rawatan terbaik,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: hmetro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "” Boleh tamatkan PKP, tapi…” – Datuk Dr Noor Hisham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*