Dr Noor Hisham B@las Surat Si Cilik, Terima Rantai Tangan Tanda Persahabatan

Di laman Facebook, tular sepucuk surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak perempuan diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Lara Khadijah McAfee yang berusia sembilan tahun turut menghasilkan seutas rantai tangan sebagai terima kasih kepada Dr Noor Hisham.

“Saya tinggal di Kuala Terengganu dan merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Saya membuat gelang untuk dipakai rakan-rakan sebagai tanda persahabatan.
“Dan saya membuat gelang ini untuk Dr sebagai terima kasih atas usaha dalam membantu rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan selamat ketika pandemik Covid-19 ini,” tulisnya.

Lebih terharu apabila surat bertarikh 19 Mac lalu itu dibalas Dr Noor Hisham semalam yang turut berterima kasih atas kesudian kanak-kanak tersebut menghargai usaha kerja kerasnya selama ini.

“Terima kasih untuk surat dan gelang yang diberi. Cucu saya memakai gelang tersebut dan dia amat menyukainya!
“Kata-kata kamu sangat baik namun saya tidak melakukan semua itu keseorangan. Saya bertuah mempunyai ‘frontliner’ hebat yang membantu negara kita.
“Rakyat Malaysia seperti kamu sudah membantu dengan memainkan peranan duduk di rumah. Teruskan berbuat demikian dan sama-sama kita melawan Covid-19,” katanya.

Posting dimuat naik di laman Facebook Buletin TV3 itu mendapat perkongsian lebih 2,000 kali dan 8,000 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen yang turut memuji sikap rendah diri Dr Noor Hisham.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Buletin TV3

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham B@las Surat Si Cilik, Terima Rantai Tangan Tanda Persahabatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*