Gaji Tidak Dibayar, Pekerja Aslng Di Batv Pahat Hanya Makan Daun Betik Rebus Untuk Beberapa Hari

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah memasuki fasa ketiga, di mana orang ramai masih tidak dibenarkan keluar bekerja melainkan mereka yang bekerja untuk sektor-sektor utama yang diberikan pengecualian.

Ini bermakna, bukan sahaja rakyat tempatan malah pekerja warga asing di Malaysia juga turut terkesan dan tidak dibenarkan keluar bekerja. Jadi, mereka tidak mempunyai pendapatan untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Menurut laporan Oriental Daily, terdapat sekumpulan pekerja asing yang terpaksa menahan kelaparan kerana tidak mampu membeli makanan. Mereka difahamkan hanya makan pucuk dan daun betik sahaja.

Menurut seorang penduduk tempatan yang merupakan salah seorang sukarelawan yang membantu mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan, dia melihat sekumpulan pekerja asing itu merebus daun betik.

Apabila ditanya, mereka mendedahkan bahawa hidangan itu sudah berhari-hari menjadi santapan mereka. Sukarelawan tersebut juga mendapati bahawa para pekerja asing berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Batu Pahat tidak mendapat sebarang upah sejak 21 Mac lalu.

“Mereka tidak mampu membeli makanan. Memandangkan daun betik boleh dimakan, oleh sebab itulah mereka berulang kali merebus daun betik selama beberapa hari untuk kekal hidup ketika PKP ini berlangsung”, katanya.

“Saya percaya mereka ini sangat terkesan dengan peraturan ini. Makanya mereka tidak boleh keluar membeli makanan. Jika tiada makanan, hanya daun betik sahaja yang tinggal untuk dimakan oleh mereka”, akhirinya.

Perkara itu mendapat perhatian sebuah badan kebajikan di sana namun keutamaan diberikan kepada keluarga tempatan yang kurang berkemampuan. Mereka difahamkan telah mendermakan lebih 60 beg makanan kepada keluarga miskin.

Semoga akan muncul insan-insan berkemampuan untuk membantu golongan pekerja asing ini. Kasihan sungguh, mereka juga perlu meneruskan kehidupan di saat-saat sukar begini, bukan? Sama-sama kita bantu mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Erabaru

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Gaji Tidak Dibayar, Pekerja Aslng Di Batv Pahat Hanya Makan Daun Betik Rebus Untuk Beberapa Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*