Kerana Tidak Ingin Diganggu, Bapa Sellotape Anak Di Lantai

Perintah kawalan pergerakan dan perintah-perintah kuarantin yang sedang dijalankan di negara-negara seluruh dunia telah memaksa orang ramai untuk bekerja dari rumah.

Mungkin ada segelintir golongan yang tidak kisah dengan kehadiran ahli keluarga di sisi semasa bekerja dan berasa lebih seronok dapat bekerja di rumah.

Namun tidak dapat dinafikan ramai yang sukar untuk fokus dengan gangguan dari anak-anak kecil, haiwan peliharaan mahupun pasangan sendiri atau ibu bapa.

Seperti contoh, seorang bapa dari Thailand ini mungkin telah hilang sabar dengan anak kecilnya sehingga dia bertindak melekatkan kanak-kanak perempuan itu ke lantai menggunakan pelekat Sellotape.

Ibu kanak-kanak itu berkongsikan beberapa gambar di Facebook di mana anak kecilnya itu kelihatan terbaring di atas lantai dengan wajah tidak bersalah dan bantal di kepalanya.

Bersama gambar yang dikongsikan, si ibu berkata dia sedang memasak manakala suaminya sedang bekerja, dan anaknya pula terbaring di atas lantai.

Hanya menggunakan 4 pelekat, gadis kecil berusia sekitar 2 atau 3 tahun itu berjaya dipaksa untuk duduk diam. Di belakang kanak-kanak itu kelihatan bapanya sedang bekerja menggunakan laptop.

Sebuah kerusi dilihat dalam keadaan terbalik dan barang permainan kanak-kanak itu bersepah di atas lantai menggambarkan kenakalan kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun, budak perempuan tersebut kelihatan tenang dan tidak kisah, di mana jika kanak-kanak lain mungkin mereka akan menangis kerana ingin dilepaskan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: World of Buzz

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kerana Tidak Ingin Diganggu, Bapa Sellotape Anak Di Lantai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*