Pelakon Filem ‘Rambo’ Brian Dennehy Mennggal Dvnia

Dennehy (kanan) yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem Rambo “First Blood” meninggal dunia pada usia 81 tahun. -Instagram

PELAKON yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem sulung Rambo “First Blood” meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Brian Dennehy, pelakon versatil yang berkecimpung dalam filem dan pentas sepanjang kariernya selama 50 tahun meninggal dunia pada Rabu.

First Blood merupakan filem pertama yang membuka jalan untuk mendiang menempa nama dalam industri filem.

Pelakon utama filem itu, Sylvester Stallone dalam postingnya di Instagram (@officialslystallone) mengucapkan takziah atas pemergian Dennehy.

“Brian Dennehy telah pergi meninggalkan kita. Mendiang seorang pelakon hebat … dia juga seorang veteran perang Vietnam yang banyak membantu saya membina karakter sebagai RAMBO.

“Dunia telah kehilangan seorang artis yang hebat. #First Blood.”

Sepanjang kariernya, Dennehy pernah memenangi dua Anugerah Tony termasuk pelakon terbaik dalam Death of a Salesman, Anugerah Laurence Olivier, Golden Globe, Anugerah SAG selain enam pencalonan dalam Anugerah Primetime Emmy.

Selain filem aksi First Blood di samping Sylvester Stallone, mendiang pernah berlakon dalam beberapa genre filem lain termasuk komedi dan sastera Shakespeare antaranya Romeo + Juliet.

Dennehy juga pernah berlakon di samping Robert De Niro dan Al Pacino dalam Righteous Kill pada 2008, dan Russell Crowe dalam The Next Three Days pada 2018.

Dennehy meninggal dunia di New Haven, Connecticut ditemani isteri Jennifer Arnott dan anak-anaknya Cormac, Elizabeth, Kathleen, Deirdre serta keluarga mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Awani

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pelakon Filem ‘Rambo’ Brian Dennehy Mennggal Dvnia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*