“Sampai Orang Lvdah Bapk Akv Cakap Anak Kav” Tahap Kesbaran Zarina Anjoulie Sudah Habls

Bekas pelakon dan kini menjadi influencer sepenuh masa, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul atau lebih mesra dipanggil Anju meluahkan rasa kesal dengan kata-kata hinaan yang melibatkan anaknya.

Pelbagai cara dilakukan oleh segelintir pihak dengan mengungkit kisah lampau Anju sehinggalah membabitkan anaknya.

Sebelum ini, Anju melalui peguamnya menuntut permohonan maaf serta pampasan sebanyak RM4 juta daripada dua orang pelakon.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Anju mengakui tahap kesabarannya sudah habis.

“Memang betul Anju banyak buat silap dulu. Aku kena hina, Mak Bapak aku kena hina. Sampai orang ludah kat Bapak aku cakap anak kau minah kontroversi masa dia on the way jalan pergi masjid!

“Sampai bila Aku nak tahan? Dah bertahun-tahun aku tahan caci maki orang tapi sebab aku diam, orang anggap aku loser takkan buat apa. Now this has to stop,” tulis Anju.

Anju menjadi sasaran sejak dia membuat satu video yang meminta artis agar tidak membuat permintaan yang bukan-bukan kepada kerajaan.

Pada entri tersebut Anju juga memohon maaf kepada netizen atas tindakan yang diambilnya.

“Anju minta maaf ya kat semua netizen, tapi Anju harap semua orang faham Anju tak suka kalau nak berterusan macam ni.

“Tapi Anju terpaksa sejak kisah silam Anju 13 tahun lepas, hari-hari Anju kena kecam, kena caci hina. Anju diam, jadi sebab Anju diam masih semua nak buli.

“Tapi kali ini demi anak dan demi maruah, Anju harus melawan untuk menghentikan semuanya ini once and for all,” terpampang kata-kata pada entri tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sampai Orang Lvdah Bapk Akv Cakap Anak Kav” Tahap Kesbaran Zarina Anjoulie Sudah Habls"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*