“Duit Tinggal RM2, Tuan Rumah Rendahkan Tek@nan Alr Sebab Tak Bayar Sewa” Pekerja Gaji Harian, Warga Aslng, Peminjam Ah L0ng Terhimplt Ketika PKP

“KAK, lapar kak,” ujar sekumpulan lelaki dewasa sambil menggosok perut mereka. 

Ini antara peristiwa meruntun hati yang terpaksa dilihat pengasas Persatuan Kebajikan Darul Jariyah, Jalilah Awang Kenit.

Kumpulan tersebut ini merupakan antara pekerja bergaji harian yang kini terpaksa mencari tumbuhan liar mahupun ubi kayu demi meneruskan kelangsungan hidup. 

Enam sekeluarga ini bersesak-sesak dalam sebuah flat usang bersama ibu mereka.  Foto DARUL JARIYAH

Pasukan R.AGE daripada The Star baru-baru ini berpeluang menyelami kesukaran yang dihadapi kelompok dalam masyarakat ini.

“Suami saya bekerja sebagai pembantu gerai nasi lemak dengan gaji harian RM40, duit itulah kami guna beli keperluan tiga anak, keperluan sekolah dua adik saya, makan dan juga petrol. 

“Sejak PKP ni gerai tu terpaksa ditutup jadi kami hilang punca pendapatan. Tapi Alhamdulillah, ada jiran yang menjual dari rumah, jadi kadang kala suami saya akan membantu menjadi runner. Dapatlah RM3 satu perjalanan,” katanya seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Siti.

Menurut Siti, walaupun hidup susah, dia tetap perlu menjaga dua adiknya kerana kedua-dua ibu bapa sudah men1nggal dunia ketika dia berusia belasan tahun.

Sementara itu, Natasha Priya Dev, 34 pula kini terpaksa hidup dalam kegusaran akibat tidak mampu membayar sewa rumah di Shah Alam.

Siti kadang kala terpaksa menjual barangan rumah untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Foto R.AGE

Ibu dua anak kecil yang bekerja sebagai pengurus majlis ini mendedahkan hanya tinggal RM2 dalam simpanan.

“Pendapatan kami ‘kosong’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan, pelanggan kami membatalkan tempahan dan kami terpaksa memulangkan semula duit mereka.

“Dalam masa sama tuan rumah mendesak agar kami segera melunaskan bayaran penuh sewa rumah pada bulan ini, dia kini bertindak memperlahankan tekanan air dan mengugut untuk memotong bekalan air, jika bayaran penuh tidak dibuat sebelum hujung bulan,” ujarnya.

Natasha kini bercadang untuk menjual makanan dan mengadakan kelas menggubah belon, mendekorasi wajah dan membuat permainan DIY secara dalam talian.

Pekerja asing pun susah!

Selain penduduk tempatan, pekerja asing turut terkesan.

“Rakyat Malaysia masih boleh meminta bantuan kerajaan, mereka ini terutama pendatang tanpa dokumen lengkap terpaksa berteduh di bangunan terbiar, mengorek sampah untuk kumpul tin dan mencari tumbuhan liar untuk dijadikan makanan.

Antaranya, Kardi dan lebih 20 rakannya yang kini menjadikan kilang tempat mereka bekerja sebagai tempat berteduh.

“Kami membahagikan ruang di antara kami, jadi ada yang tinggal di kilang ini, ada yang tidur di kilang depan. Kami tidur merata-rata, asal ada tempat untuk baring.

“Kebanyakan mereka di sini merupakan warganegara Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan ada juga pekerja dari Sarawak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman,” katanya.

Wang bantuan kerajaan ‘tak sampai’

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nur Suraya Ali berkata, walaupun penduduk tempatan layak mendapat bantuan kerajaan, masih ada kes di mana dana tersebut tidak sampai ke kumpulan sasaran.

Suraya yang sudah 11 tahun bergerak membantu golongan memerlukan ini berkata mereka mendapatkan bantuan runner untuk membeli dan menghantar bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara.

“Sesetengah orang tidak dapat bantuan yang kerana kad bank mereka dipegang ah long, jadi wang itu tidak sampai kepada mereka.

“Ada juga penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Zakat yang tidak mampu ke bank disebabkan tahap kesihatan fizikal yang kurang baik, sebelum ini mereka meminta anak atau saudara membantu, tetapi disebabkan PKP, mereka juga tidak dapat membantu,” katanya.

Warga asing terpaksa mengeringkan lebihan nasi dan kacang dhal bagi memastikan bekalan makanan mencukupi. Foto ANAK KAMI

Suraya berkata, kesukaran yang dilalui oleh pekerja asing untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi turut menginsafkan dirinya.

“Kami pergi ke sebuah rumah kongsi di Klang dan kami lihat pekerja asing mengeringkan lebihan beras dan kacang Dhal untuk mengelak pembaziran makanan supaya bekalan makanan mencukupi.

“Ini pengalaman yang sangat menyedihkan bagi saya, dan membuatkan saya merenung kembali kehidupan dan anak-anak saya,” katanya.

Keadaan dekat sebuah rumah kongsi di Klang sewaktu sumbangan makanan harian diagihkan. -foto ANAK KAMI

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Nor Akmar Yaakub berkata setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Setiap ahli keluarga perlu duduk berbincang termasuk anak-anak, mereka perlu lihat apa yang mereka ada serta menyusun perbelanjaan mengikut kepentingan.

“Ini bukan masa untuk berasa malu, ketepikan terlebih dahulu perasaan ego dan ingat bahawa kesukaran ini ini bukan hanya menimpa anda, serta keluarga anda, tapi seluruh masyarakat di dunia,” ujarnya. 

Beliau turut menasihat pekerja bergaji harian khususnya untuk cuba mengenal pasti serta memohon bantuan dari pihak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri mahupun badan-badan bukan kerajaan yang aktif memberi bantuan sumbangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Duit Tinggal RM2, Tuan Rumah Rendahkan Tek@nan Alr Sebab Tak Bayar Sewa” Pekerja Gaji Harian, Warga Aslng, Peminjam Ah L0ng Terhimplt Ketika PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*