Lapan Doktor Pakar Dari China Tiba Di Malaysia Bantu Lawan C0vid-19

Lapan pakar perunding perubatan dari China tiba di Malaysia tengahari tadi untuk membantu menangani wabak Covid-19 yang kini mencecah 86 kes kemati4n.

Menerusi laman Facebook China Embassy in Malaysia, Duta Besar China di Malaysia iaitu Bai Tian berkata kedatangan pasukan dalam pelbagai bidang perubatan itu sekali lagi melambangkan persahabatan yang hebat antara Malaysia dan China.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada China dalam memerangi wabak tersebut bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputusk4n.

Pasukan itu diketuai Ketua Pakar Perubatan merangkap Naib Presiden Hospital Wilayah Guangdong Perubatan Tradisional Cina, Dr Li Jun; Pakar Perubatan Bersekutu Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Wen Miaoyun.

Selain itu, Prof Kejururawatan merangkap Pengarah Jabatan Kawalan Jangkitan Nosokomial, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Zhang Youping; Ketua Doktor Pusat Wilayah Guangdong Kawalan Penyakit dan Pencegahan, Dr Liu Tao serta Ketua Juruteknik Bersekutu Virologi, Dr Sun Jiufeng juga akan turut serta.

Tiga pakar lagi ialah dari Hospital Rakyat Wilayah Guangdong iaitu Ketua Doktor Bersekutu Jabatan Perubatan Kritik4l dan Pernafas4n, Dr Yang Shifang; Ketua Doktor Bersekutu Jabatan Jangkitan, Dr Luo Xiaodan dan Pakar Psikologi, Dr Liu Xiangxin. 

Lap0ran akhbar mohon bantuan pakar perubatan dari China :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : The Star , China Embassy in Malaysia , Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lapan Doktor Pakar Dari China Tiba Di Malaysia Bantu Lawan C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*