Rupanya Ini Pekerjaan Ayah Dan Ibu Lara Khadijah Mcafee. Bukan Biasa2

Nama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang ini, malah di arena antarabangsa juga sudah ada yang menyebut tentang kewibawaannya.

Peng0rbanan dan usaha ditonjolkan Ketua Pengarah Kesihatan itu dan pasukannya dalam membantu negara mem3rangi penvlaran wab4k COV1ID-19 tidak perlu lagi dipertikaikan.

Hampir saban hari, ada sahaja mesej penghargaan disampaikan kepada beliau khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun, sesuatu yang mencuri tumpuan baru-baru ini adalah apabila beliau menerima sepucuk surat dan gelang persahabatan ‘loom band’ kiriman seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.

Lara Khadijah Mcafee yang berasal dari Kuala Terengganu secara tiba-tiba menjadi tumpuan selepas surat kirimannya yang didedikasikan kepada kerja keras doktor tersebut menjadi tular dalam media sosial.

Lara Khadijah McAfee (kedua dari kiri) yang berasal dari Kuala Terengganu secara tiba-tiba menjadi tumpuan selepas surat kirimannya yang didedikasikan kepada kerja keras doctor tersebut menjadi tular dalam media sosial. – Paul B.Jones

“Saya membuat loom band untuk rakan-rakan saya sebagai tanda persahabatan.

“Saya telah membuat seutas loom band untuk anda sebagai tanda terima kasih atas segala kerja keras yang anda lakukan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sepanjang w4bak COV1ID-19 ini,” kata murid darjah tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, ibu kepada kanak-kanak tersebut, Mutiara Jusuf McAfee, 46, berkata dia sama sekali tidak menyangka surat yang ditulis oleh anak perempuannya itu menjadi tul4r, malah turut mendapat perhatian daripada Dr Noor Hisham sendiri.

“Sebetulnya surat itu dihantar pada 19 Mac lalu, dan ketika itu kerajaan sudah kuatkuasakan Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP). Mungkin pejabat pun banyak yang tutvp, jadi ia tiba sedikit lewat.

“Namun petang semalam (Khamis) kami menerima panggilan telefon daripada pejabat beliau (Dr Noor Hisham) untuk meminta alamat rumah kami kerana nak pos surat balasan. Namun tak sangka ia vir4l begitu cepat sekali,” katanya kepada mStar.

Bercerita lebih lanjut, wanita itu berkata dia sememangnya suka menggalakkan anak-anaknya menulis untuk meluahkan perasaan mereka atau menyampaikan apa jua pandangan.

“Mereka pun memang suka menulis. Jadi saya kata kepada Lara, mengapa tidak dia menulis surat untuk Dr Noor Hisham untuk menyatakan penghargaan kepadanya. Dia pun teruja dan tugas saya hanya guide sahaja. Selebihnya, semua yang diluahkan itu adalah dari isi hatinya.

“Dia juga suka buat gelang tali atau loom band. Jadi saya kata, apa salahnya buat seutas untuk Dr Noor Hisham. Dia pun buat mengikut ukuran tangan bapanya. Pemilihan warna pula ada maksud, ia berdasarkan warna yang melambangkan health care menerusi carian sendiri di internet,” kata pekerja di sektor swasta itu yang kini menetap di Kuala Terengganu sejak awal 1990-an.

Lara gemar membuat gelang tali atau loom band untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

“Rakyat Malaysia seperti anda juga memainkan peranan dengan duduk di rumah.

“Jadi teruskan usaha yang baik ini dan bersama-sama, kita dapat menentang virus ini,” katanya.

Beliau juga menitipkan nasihat kepada Lara supaya belajar bersungguh-sunggu supaya dapat berbakti untuk negara kelak.

“Suatu hari nanti, akan tiba giliran anda untuk membantu Malaysia. Ikut impian anda dan berusaha bersungguh-sungguh,” tambahnya.

Apa yang menyentuh hati warga maya adalah apabila Dr Noor Hisham mengakhiri surat itu dengan merujuk dirinya sebagai ‘your new friend’ ataupun ‘kawan baharu anda’.

Ayah Pengarah, Ibu Eksekutif Kanan

Katanya menerusi BERNAMA, “Saya hasilkan gelang tangan ‘Loom Band’ itu dalam masa 19 minit dengan mengambil ukuran tangan ayah.… saya pilih tiga warna iaitu biru gelap dan biru cerah sebagai lambang kebersihan manakala warna putih sebagai lambang kesucian dan keikhlasan hati mereka dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia pada musim w4bak COVI1D-19 ini.

“Saya berharap pemberian kecil gelang tangan berserta kata-kata terima kasih itu akan melonjakkan lagi semangatnya agar terus kuat, dan supaya rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepada barisan hadapan negara dengan hanya kekal berada di rumah.”

Anak bongsu kepada Pengarah Pusat Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Anuar McAfee, 55, dan Eksekutif Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated, Mutiara Jusuf McAfee, 46, itu sangat menggemari aktiviti seni yang berasaskan kemahiran dan banyak mempelajarinya daripada YouTube.

Lara Khadijah bersama ibu bapanya, Anuar dan Mutiara, menunjukkan kertas tertera #stayathome dan ‘Thank you Frontliners’ ketika ditemui di Seberang Takir, hari ini. – FOTO BERNAMA

Dr Noor Hisham dalam mesej ringkas kepada Bernama, mengesahkan bahawa ia adalah suratnya kepada Lara Khadijah.

“Sekurang-kurangnya, ini sahaja yang dapat saya lakukan untuk memberi inspirasi kepadanya,” katanya.

Setakat jam 7.30 malam tadi, surat itu ‘trending’ dalam Twitter dengan menerima lebih 44,000 kicau semula dan 45,000 ‘likes’, selepas ia dimasukkan ke laman sosial oleh abang Lara Khadijah, Iman Cullen Cornelius.

Sementara itu, Iman Cullen Cornelius ketika dihubungi Bernama, menggambarkan Lara Khadijah sebagai adik yang baik, petah dan amat kreatif dalam setiap perkara.

“Dia mempunyai hobi membuat gelang tangan ‘loom band’ sejak dua atau tiga bulan lalu. Dia juga suka membuat video Tik Tok,” katanya.

Iman Cullen Cornelius menerusi Twitter pula berkata, Dr Noor Hisham juga sukakan ciapannya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Noor Hisham dan pasukannya atas dedikasi serta kerja keras mereka dalam usaha menangani penularan virvs berbah4ya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :MB

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rupanya Ini Pekerjaan Ayah Dan Ibu Lara Khadijah Mcafee. Bukan Biasa2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*