Demi Sesuap Nasi, ‘Rider’ Jatvh Tersvngkur Glgih Bangun Balik Hantar Pesanan Pelanggan

Sejak musim wabak penyakit dan PKP ini, perkhidmatan penghantaran makanan mendapat permintaa tinggi. Justeru, terkadang para pelanggan banyak yang merungut kerana pesanan lambat tiba.

Baru-baru ini menerusi Facebook, Dave Ming Cheng berkongsi kisah seorang ‘rider’ Foodpanda yang jatuh motorsikal disebabkan jalan terlalu licin akibat hujan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Maafkan mereka, bukan itu yang dipinta

Menurut Dave, pelbagai risiko yang terpaksa dihadapi para rider semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Ada masanya mereka terpaksa menunggang motorsika dengan laju hanya untuk memenuhi pesanan pelanggan secepat mungkin.

Jatuh tersungkur gigih bangun balik

Seperti foto yang dikongsikan, rider tersebut jatuh tersungkur jatuh daripada motorsikalnya kerana jalan menjadi licin selepas hujan lebat beberapa hari ini.

Namun, demi untuk mencari rezeki dapat dilihat rider tersebut gagah juga bangun semula dan terus memeriksa food box berada dalam keadaan selamat untuk dihantar kepada pelanggan.

Melihat kesungguhan dan rasa tanggungjawab rider berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berharap kesemua rider lebih berhati-hati ketika menjalankan tugas.

Begitu besar rasa tanggungjawab rider ini, bukan badan yang sakit diperiksa dahulu, tetapi pesanan pelanggan jadi keutamaannya. Semoga dimurahkan rezekinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Dave Ming Cheng

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Demi Sesuap Nasi, ‘Rider’ Jatvh Tersvngkur Glgih Bangun Balik Hantar Pesanan Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*