Tolong Berhenti Menlpv, Dai Wan Tegur Aliff Syukri “Perbvatan Jelas Har@m Dan Akan Jadi Bagian Dari D0sa Bes@r”

PENDAKWAH bebas Wan Dazrin membuat teguran secara terbuka kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri kerana bersikap tidak jujur semasa menjalankan perniagaan penutup hidung dan mulut (face mask).

Menurut Wan Dazrin atau nama sebenar Wan Dazrin Wan Din, Aliff telah melakukan pen1ipuan secara terang-terangan serta menyifatkan tindakan ahli perniagaan itu sebagai satu d0sa besar dan har4m dalam Islam.

“Sesungguhnya Datuk Aliff Syukri telah men1ipu dengan penjualan face mask. Ini bukan lagi satu kelucuan, ini satu pendvstaan yang terang-terangan wujud ketika mengiklankan produknya ketika berniaga.

“Perbuatan Datuk Aliff Syukri jelas har4m dan jika berterusan, maka ia akan menjadi bagian dari d0sa besar… dia perlu bertaub4t pada Allah SWT dan meminta maaf pada semua yang telah mendengar marketing peni1puan dalam penjualan produk face mask yang mungkin akan mengancam ny4wa buat siapa yang telah membelinya.

“Jelas, air menitis dengan laju (bocor) walaupun hanya diletakkan sedikit sahaja. Kemudian, cepat-cepat disorokkan ketepi bila nampak kebocoran berlaku disitu dan mengatakan ia produk berkualiti. Sudahlah jual produk yang defective (tidak sempurna), kemudian meni1pu dalam penghebahan penjualan pula,” katanya.

Wan Dazrin tegur Aliff di Instagram.

Wan Dazrin berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Ahad.

Sebelum itu, tular rakaman video siaran langsung Aliff menunjukkan demonstrasi dengan mencurahkan air ke penutup mulut dan hidung yang dijualnya di Instagram.

Aliff berkata, topeng muka tersebut mampu menahan serapan air, namun sebaliknya berlaku apabila air yang dicurah menitis tidak seperti diperkatakan.

Ia sekaligus membangkitkan rasa marah netizen kerana dakwaan awal Aliff tidak tepat dan seolah-olah mempromosikan produknya secara berlebihan.

Sementara itu, bekas peserta program Da’i (TV3) ini berkata produk yang dijual oleh Aliff itu berkemungkinan boleh mendatangkan bah4ya kepada si pemakai.

Justeru itu, dia menyarankan jutawan itu berhenti daripada terus men1ipu dan segeralah bertaub4t kepada Allah SWT.

Aliff Syukri melakukan demonstrasi terhadap dua topeng muka.

“Sesungguhnya Datuk Aliff telah mencipta rantaian d0sa yang tidak terperi jika berniaga seperti ini. Face mask adalah sangat penting untuk membasmi kum4n dan vi1rus dari orang yang memakainya.

“Mana mungkin face mask yang dijual oleh Datuk Aliff tersebut dapat menjalankan peranan untuk melindungi orang lain dari si pemakainya dan ini bahaya, bahkan mungkin akan terus memberi ancaman peny4kit pada yang lain.

“Saya dibenarkan tegur terbuka dalam kes seperti ini kerana ia satu hal yang membawa keburukan pada semua. Datuk Aliff, sila hentikan penjualan produk face mask ini… bertaubatlah kepada Allah, takutlah pada az4b orang-orang yang men1ipu dalam perniagaan.

Dalam pada itu, Wan Dazrin berharap Aliff sedar mengenai kesilapan yang dilakukan dan tidak berterusan melakukan peni1puan dalam perniagaan.

Aliff Syukri didakwa tidak jujur dalam perniagaan.

Malah, dia turut memohon masyarakat lebih berhati-hati dan membeli topeng muka mengikut piawaian dari badan kesihatan dunia.

“Hari ini Allah SWT mungkin memberi kamu nikmat, tapi ingat, tidak semua nikmat itu baik untuk kamu di hari akhirat, terkadang ia rupanya bagian dari ‘Istidraj’. Berhati-hatilah, ramai orang yang berniaga tergelincir jatuh masuk ke dalam ner4ka dan menerima az4b yang perit dari Allah SWT.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, berhentilah dari membeli produk ini dan belilah face mask yang mematuhi piawaian sahaja, sesungguhnya dia telah men1ipu ketika berniaga dan orang-orang seperti ini tidak layak lagi dihormati dalam perniagaannya.

“Kita dibenarkan utk bersangka buruk kepada peniaga yang jelas dan terang-terangan meni1pu dalam perniagaan untuk lebih ‘Ihtiyat’ (berhati-hati dengannya). Semoga Allah jaga kita semua dari t1ipu daya seperti ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :MSTAR

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tolong Berhenti Menlpv, Dai Wan Tegur Aliff Syukri “Perbvatan Jelas Har@m Dan Akan Jadi Bagian Dari D0sa Bes@r”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*