30 Tahun Persahabatan Bermula Di Meja Berita, Rakan Terkejvt Farit Ismeth Beritahu Saklt

Sudah semestinya ramai yang terkejut dengan berita kehilangan penyampai berita popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir, yang cukup dikenali karismanya sebagai personaliti TV.

Turut terkesan dengan pemergiannya, rakan seperjuangan arwah di RTM, penyampai berita RTM, Datuk Harjit Singh Hullon ketika ditemu bual meluahkan rasa terkilan dan sedih kehilangan seorang sahabat yang cukup rapat dengannya.

30 tahun kami kenal

Perkenalan yang bermula di meja berita RTM, telah melahirkan persahabatan selama 30 tahun, dan sejak daripada itulah mereka menjadi teman rapat yang saling berkongsi suka dan duka.

Terkejut Farit beritahu dia sakit

Jelas Datuk Harjit, beliau terkejut apabila Allahyarham memaklumkan kepadanya mengenai masalah kesihatannya kira-kira setahun yang lalu.

“Saya pun terkejut, dia beritahu dia ada masalah kesihatan…”

Saya kehilangan teman rapat

Dalam nada sebak, Datuk Harjit bagaikan tidak mampu menggambarkan kesedihannya yang telah kehilangan seorang sahabat yang amat dekat dengannya.

“Saya tak boleh nak kata apa, bagaimana perasaan saya bila kita hilang seseorang yang rapat dengan kita. Banyak perkara kami kongsi bersama…”

Menurut beliau, permergian Allahyarham Farit Ismeth Emir disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam dunia penyiaran berita tanah air.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Berita RTM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "30 Tahun Persahabatan Bermula Di Meja Berita, Rakan Terkejvt Farit Ismeth Beritahu Saklt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*