Baru Semalam Lvah Sayang Pada Anggotanya, Rakan Setugas Terkejvt ASP Aldrin Telah ‘Tiada’

Sedih dan terkejut. Itulah perasaan yang kini dirasai oleh Konstabel Muhammad Izzudin Mohd Samsudin, 27, yang merupakan anggota di bawah Asisten Superintendan Aldrin anak Gonda, yang maut kemalangan hari ini.

Katanya, berita ini sangat mengejutkan kerana baru semalam dia sempat berjumpa dengan mendiang di pejabat. Samsudin menyifatkan ketuanya seorang yang baik dan sangat rapat dengannya.

Sayang pada semua anggotanya

Malah, semalam mendiang sempat memberitahu beliau sayangkan semua anggotanya walaupun penat menjalankan tugas Op Covid setiap hari.

Malah, semalam mendiang sempat memberitahu beliau sayangkan semua anggotanya walaupun penat menjalankan tugas Op Covid setiap hari.

Tak pernah lupa pada anak buah bawah dia

Tambah Izzudin lagi, membuatkan dia lebih sedih dan terkilan, mendiang ASP Aldrin sangat baik dengan anggotanya terutama sekali dengannya.

“Dia seorang yang sangat baik dan susah nak jumpa pegawai macam mendiang. Setiap kali kalau nak makan, dia takkan lupa anak-anak buah dia dan paling rapat dengannya adalah saya. Itu yang paling saya sedih..”

3 tahun tak jumpa anak bini

Mendiang Aldrin, sanggup meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki berusia enam tahun, untuk menabur bakti di IPD Kota Setar selama tiga tahun.

ASP Aldrin dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta peronda dinaiki bersama dua anggotanya terbabas dan terbalik di lampu isyarat Arkib Negara, Alor Setar, hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Baru Semalam Lvah Sayang Pada Anggotanya, Rakan Setugas Terkejvt ASP Aldrin Telah ‘Tiada’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*