Ini Hadiah Yang Diminta Dr Noor Hisham Sempena Hari Jadinya

Meskipun hari lahir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah jatuh pada 21 April, bagaimanapun sejak semalam lagi tular apabila rata-rata rakyat Malaysia awal-awal lagi sudah memberikan ucapan hari lahir kepada beliau.

Dalam satu ucapan ringkas selepas sidang media harian COVID-19 petang tadi, Dr Noor Hisham mahukan hadiah istimewa daripada rakyat Malaysia sempena hari jadinya iaitu menyeru rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah.

Menurut Dr Noor Hisham, permintaan itu merupakan hadiah paling istimewa untuk dirinya jika rakyat Malaysia kekal duduk dirumah.

“Sempena hari jadi saya, iaitu 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah kalau boleh rakyat Malaysia, kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya.

Bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-57 tahun, Dr Noor Hisham yang juga seorang pakar bed4h dilahirkan 21 April, 1963 di Sepang, Selangor.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

SUMBER: Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ini Hadiah Yang Diminta Dr Noor Hisham Sempena Hari Jadinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*