“Kami Tenang Di Sini”Seluruh Dunia ‘Kvrung’ Diri Dalam Rumah, Tapi 4 Beranak Ini Buat Keputusan Pergi Bali

Wabak Covid-19 dilihat semakin membimbangkan, meskipun beberapa negara menunjukkan trend menurun dari segi jumlah kes dan kematian.

Amerika Syarikat masih lagi di tangga pertama yang mencatatkan kes tertinggi dengan 763,836 kes baru dan 40,455 kematian dicatatkan, mengikut worldometers.

Justeru, hampir kesemua negara terjejas bertindak melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan bagi mengekang wabak tersebut.

Namun masih ada yang berdegil!

Empat beranak pergi Bali, asingkan diri

Pasangan dari London, Corrine dan Dave Pruden bersama anak kembar mereka tetap berdegil menaiki penerbangan terakhir ke Denpasar, Indonesia dengan alasan untuk mengasingkan diri di Bali.

Meskipun Indonesia dalam perintah berkurung berdepan Covid-19 dan pasangan itu sedar tindakan yang mereka lakukan, namun kata mereka ia demi melindungi anak kembarnya, lapor mStar.

Keputusan itu juga diambil berikutan trend mendadak kes Covid di England yang mencatatkan 120,067 kes dengan lebih 16,000 kematian (sehingga artikel ini ditulis), lapor worldometers.

Difahamkan Corrine, Dave dan anak kembar mereka mengambil penerbangan dari London ke Denpasar pada 16 Mac lalu iaitu seminggu sebelum Indonesia perketatkan ‘Lockdown’.

Menurut laporan, empat beranak itu kini tinggal di sebuah rumah yang disewa menerusi Airbnb di Ubud.

“Bagaimanapun dalam rasa bimbang itu, kami sebenarnya berasa sangat tenang kerana tidak berada di London ketika ini”- Corrine

Lokasi rumah itu di tengah sawah dengan kolam renang, namun kedudukannya jauh dari orang ramai.

Keluarga itu memesan makanan daripada restoran berdekatan yang dihantar terus ke rumah mereka.

Katanya, setakat ini mereka sekeluarga belum berfikir untuk pulang ke negara asal sebaliknya memberitahu untuk menikmati keindahan Bali sebelum pergi ke destinasi lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kami Tenang Di Sini”Seluruh Dunia ‘Kvrung’ Diri Dalam Rumah, Tapi 4 Beranak Ini Buat Keputusan Pergi Bali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*