Selamba Biar Wajah Diplcit2 Lelakl, Gadls Ini Dikecm Tak Jaga Btas “Dia Cuma Peg@ng Plpi Saja”

“ORANG lelaki memang suka kan picit pipi perempuan? Habis mekap aku.”

Demikian kapsyen yang ditulis seorang gadis di laman Twitter, disertakan dengan beberapa keping foto.

Malangya, foto itu menimbulkan buruk sangka dalam kalangan segelintir individu yang menuduhnya tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan.

Menjawab hal itu, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Amyra atau Naddy, 19, mendedahkan tangan lelaki dalam foto tersebut adalah tangan suaminya dan mereka sudah dua tahun disatukan.

“Saya dah berkahwin. Jadi tak ada istilah tak menjaga batas. Sebagai suami isteri, posting saya di Twitter tu tiada sebarang sensitiviti.

“Dia cuma pegang pipi saja. Suami saya jarang main Twitter, reaksi dia biasa sahaja sebab dia dah tahu apa netizen akan komen bila tengok posting macam tu,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Posting Amyra yang tular di Twitter.

Kata Amyra lagi, dia bersikap positif sahaja meskipun wujud individu yang meninggalkan komen negatif di posting miliknya.

Malah, dia turut memberi nasihat kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati sebelum bertindak atau meninggalkan komen di media sosial.

“Pesanan saya. Sebelum berkata sesuatu, selidik dahulu. Saya lebih kepada positif dan neutral sahaja.

Antara posting mengenai Amira yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.

“Sebab rata-rata netizen hanya tahu menilai sebelum mereka menyelidik terlebih dahulu,” ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor.

Posting itu sehingga kini menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Saya dah berkahwin. Jadi tak ada istilah tak menjaga batas. Sebagai suami isteri, posting saya di Twitter tu tiada sebarang sensitiviti.

Lebih par4h, salah satu posting yang menuduh Amyra tidak menjaga batas pula menerima lebih 9,000 Retweet.

Malah, ada juga individu yang tidak mengetahui status sebenar Amyra meninggalkan komen agar dia menjauhi zina.

Amyra dan suami sudah dua tahun berkahwin.

Selain kec4man, ramai juga pelayar Twitter yang turut memuji kecantikan Amyra.

Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama dia menerima kec4man di Twitter.

Tweet Amyra yang sebelum ini mendapat perhatian Neelofa.

Amyra sebelum ini pernah tular gara-gara satu tweet berbunyi: “Kalau nak kutvk fizikal orang, make sure muka korang cantik macam Neelofa dulu.

Ia kemudian turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara popular itu yang meminta agar semua individu tidak membazirkan masa mencerca individu lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Selamba Biar Wajah Diplcit2 Lelakl, Gadls Ini Dikecm Tak Jaga Btas “Dia Cuma Peg@ng Plpi Saja”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*