Fazura Mengidam Ayam Penyet, Fattah Amin Minta Bantuan Netizen

Baru sahaja mengumumkan berita kehamilannya kepada umum, nampaknya Nur Fazura sudah mula mengidam menu tertentu seperti yang dilalui oleh ibu mengandung. Menerusi perkongsian di Twitter, Fazura memberitahu dia teringin untuk menjamah ayam penyet.

Fazura turut meminta para pengikutnya untuk mencadangkan lokasi terbaik yang menyediakan makanan Indonesia itu. Sementara itu, Fattah Amin turut meminta bantuan daripada netizen untuk memenuhi permintaan isterinya itu.

Diruangan komen, rata-rata netien teruja melihat perkembangan terkini Fazura serta mencadangkan beberapa lokasi yang menyediakan menu ayam penyet yang sedap.

Minggu lalu, Fazura mengesahkan dia kini hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Fattah dan Fazura dijangka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka akhir tahun ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : RK

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Fazura Mengidam Ayam Penyet, Fattah Amin Minta Bantuan Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*