Selamatkan 4njIng, Anggota PDRM Terima Penghargaan Tuanku Permaisuri Selangor

Keprihatinan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu menyelamatkan seekor 4njIng yang terperangk4p dalam sebuah longkang besar, mendapat perhatian netizen. Rakaman videonya itu serta merta tular selepas dimuat naik ke laman sosial pada awal bulan lalu.

Dalam video berkenaan telah memaparkan tindakan spontan dirinya masuk ke dalam sebuah longkang sedalam kira-kira dua meter untuk menyelamatkan anak 4njIng yang jatuh ke dalamnya.

Koperal (S) Mohamad Azad Azady Mohamad Tarmizee, 31, menerima surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor yang disampaikan oleh Pembantu Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Muhammad Syahir Hasan pada Rabu lepas.

Anggota Jabatan Pencegahan Jenay4h dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang menyelamatkan anak 4njIng terperangk4p dalam longkang mendapat surat penghargaan daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Tanpa disangka-sangka tindakannya itu mendapat perhatian Tengku Permaisuri Norashikin yang juga adalah Penaung Diraja Stray Free Selangor (SFS) seterusnya diberikan surat penghargaan.

“Memang tak sangka…saya bersyukur dan terharu kerana penghargaan seperti ini sukar diperoleh walaupun bantuan yang saya berikan hanya kecil sahaja.” Kata Koperal (S) Mohamad Azad Azady .

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selamatkan 4njIng, Anggota PDRM Terima Penghargaan Tuanku Permaisuri Selangor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*