[VIDEO] “Ya Allah Baru Hari Ini Ibu Dengar Aafiyah Sebut Nama Datuk Siti Nurhaliza..”

Gelagat permata hati penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid nyata mencuit hati apabila kanak-kanak comel itu secara spontan menyebut ‘Dato Siti’ menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik penyanyi Anta Permana itu di Insta Stories.

Dikongsikan kembali menerusi akaun Instagram, @sitizonemy, kelihatan Siti sedang mempromosikan tudung yang dipakai sambil mendukung anaknya.

Lalu, raut wajah Siti tampak teruja apabila anaknya secara tiba-tiba menyebut perkataan ‘Dato Siti’ dengan lancar tanpa diajar-ajar.

“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza,” kata Siti dalam tawa.

 

View this post on Instagram

 

hahaha comel aafiyah sebut nama ibu @ctdk “dato siti nurhaliza” 😍. . . 📹 igs @ctdk #sitinurhaliza #sitiaafiyah

A post shared by BY FANS 🇲🇾 (@sitizonemy) on

Menerusi entri sama, video berkenaan kini sudah mendapat hampir 10,000 tontonan.

Sekadar imbasan, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia dua tahun dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] “Ya Allah Baru Hari Ini Ibu Dengar Aafiyah Sebut Nama Datuk Siti Nurhaliza..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*