Orang Ramai Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa PKP Boleh Mohon Pulang Ke Kediaman

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terperangkap dan terkandas di kampung. Kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan lintas negeri jika tiada urusan penting.

Kini, menerusi satu sidang media, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan sesiapa yang ingin meneruskan perjalanan luar negeri membuat laporan diri menerusi satu aplikasi.

Aplikasi GerakMalaysia

Disebabkan itu, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing perlu melapor diri kepada polis menerusi aplikasi dalam talian dinamakan GerakMalaysia yang dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bermula 25 April ini

Menurutnya, orang ramai yang terkandas di kampung halaman perlu melapor diri sebelum membuat perjalanan merentas negeri ke rumah masing-masing. Orang ramai boleh membuat laporan menerusi aplikasi GerakMalaysia atau terus ke balai polis berhampiran bermula 25 April ini.

Elak orang ramai serbu balai

Ini bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan mengelak orang ramai menyerbu balai polis secara beramai-ramai.

Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei selepas mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelancaran aplikasi ini bagi mengelakkan orang ramai menyerbu balai polis berhampiran. Walau bagaimanapun, keputusan kebenaran merentas negeri hanya boleh dikeluarkan selepas 1 Mei apabila mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Orang Ramai Yang ‘Tersangkut’ Di Kampung Semasa PKP Boleh Mohon Pulang Ke Kediaman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*