Achey Hadiahkan Isteri Periuk Nasi Serba Guna Berharga RM8,000

Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29, isteri kepada Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahya menitipkan ucapan istimewa dan romantis buat suaminya. Lebih dikenali sebagai Anne, dia meluahkan rasa syukur di atas segala nikmat dan rezeki diberikan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anne turut bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya seadanya. Dalam pada itu, Anne turut berterima kasih kepada suaminya di atas hadiah istimewa yang diberikan tahun ini.

Anne turut memuat naik foto hadiah yang diberikan oleh Achey iaitu set periuk nasi pelbagai guna jenama Thernomix. Difahamkan, perkakas berjenama dari Jerman itu dianggarkan berharga hampir RM8,000.

Dalam pada itu, Anne sempat menitipkan rasa sayang kepada suaminya dan mengatakan selepas ini dia akan lagi rajin memasak. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dengan hadiah tersebutu. Malah, ada yang mengatakan hadiah tersebut adalah idaman setiap wanita.

Beruntungnya Anne dapat hadiah istimewa dari suami. Tahun lalu, Achey menghadiahkan sebidang tanah buat isterinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram anne_achey

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Achey Hadiahkan Isteri Periuk Nasi Serba Guna Berharga RM8,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*