Netizen mulai teka lagi warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Setiap kali pengumuman bermulanya umat Islam perlu menjalani ibadah puasa, pastinya ia menjadi tumpuan ramai. Walau bagaimanapun, pada kali ini sekali lagi tular dilaman sosial foto beberapa warna baju yang dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Berita yang diumumkan secara langsung menerusi kaca televisyen ini pastinya membuatkan semua umat Islam di Malaysia ternanti-nanti namun kali ini, sebelum pengumuman dimaklumkan, yang paling menjadi perhatian adalah mengenai warna pakaian yang dipakai.

Ramai netizen di laman sosial mulai membuat tekaan kerana tertanya-tanya warna baju apa kali ini akan dipakai oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pun begitu, pada tahun lalu ramai berjaya meneka warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu dusty pink. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di Facebook Viral Media Johor pelbagai warna baju sebelum ini dikongsikan dan ramai netizen mulai teka tentang warna baju pada tahun ini pula.

Ada yang merasakan warna biru pada kali ini dan ada juga meneka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bakal memakai baju berwarna kelabu.

Ternyata perkongsian di Facebook untuk teka warna baju itu mendapat perhatian ramai sehingga lebih seribu komen ditinggalkan selain lebih dua ribu yang berkongsi tekaan itu dilaman sosial.

Dalam pada masa yang sama, ada yang memberikan pandangan untuk semua bagi mengenakan baju raya warna yang sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada kali ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Facebook Viral Media Johor

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Netizen mulai teka lagi warna baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*