Sebak Dibantu, Warga Emas Kayuh Basikal Balik Kampung Lepas Diberhentikan Kerja

Dalm situasi sukar ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja makan gaji dan terpaksa berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi ekoran daripada langkah berkurung yang dilakukan hampir di seluruh dunia.

Ada yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan ada juga yang perlu menerima hakikat diberhentikan kerja bagi mengurangkn beban yang perlu ditanggung syarikat.

Nampak sangat penat

Hal ini samalah seperti yang berlaku terhadap seorang warga emas di Thailand yang ditemui seorang pengguna Facebook sedang mengayuh basikal untuk pulang ke kampung selepas diberhentikan kerja.

Pada asalnya dia merupakan seorang pengawal keselamatan dan dimaklumkan mempunya masalah berkaitan penglihatan. Oleh sebab itu, dia dalam keadaan letih telah mengayuh basikal untuk pulang.

Makan minum diberi orang yang kasihan

Tambahnya lagi, warga emas tersebut hanya makan apabila dihulurkan makanan oleh insan sekeliling yang simpati dengan nasibnya.

Apabila dihulurkan sedikit wang, warga emas itu terlihat sebak kerana dia tidak mempunyai wang untuk meneruskan perjalanannya.

Dapat dilihat dengan jelas dia menggendong beg pakaian besar dan menolak sahaja basikal tersebut.

Muat naik dibuat oleh pengguna Facebook di Thailand itu telah mendapat puluhan ribu perkongsian yang nyata berasa sebak dengan nasib menimpa warga emas itu.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan perkongsian tersebut, dapat kita pelajari bahawa masih ada insan yang susah dan ditimpa ujian berat walaupun sudah berusia emas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Sebak Dibantu, Warga Emas Kayuh Basikal Balik Kampung Lepas Diberhentikan Kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*