Siswi dipenj4ra 7 hari, dend4 RM800, keluar rumah bagi rakan lelaki makan kek batik

Siswi dipenjara 7 hari, denda RM800, keluar rumah bagi rakan lelaki makan kek batik” data-description=”Rakan lelakinya yang juga berumur 22 tahun pula dikenakan denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Tindakan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah untuk memberi rakan lelakinya makan kek batik membawa padah, apabila dia dijatuhi hukum4n penj4ra tujuh hari dan dend4 RM800 oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini.

Majistret Ellyna Othman memerintahkan wanita berumur 22 tahun itu menjalani hukum4n penj4ra bermula dari tarikh dia ditangk4p pada 18 April lepas, selain memerintahkan tertudvh dipenj4ra dua bulan sekiranya gagal membayar dend4.

Rakan lelakinya yang juga berumur 22 tahun yang merupakan penuntut sebuah universiti awam, dikenakan dend4 RM1,000 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua mereka yang dibacakan pertuduhan secara berasingan, mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke suatu tempat lain di dalam kawasan tempat jangkitan, di Jalan SP1/8, di Subang Perdana, pada 9 malam 18 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dihukum mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan sama, yang memperuntukkan hukum4n dend4 maksimum RM1,000 atau penj4ra maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pihak polis menemui kedua-dua tertudvh di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjin tidak dimatikan dan alasan diberikan wanita itu ialah dia ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya serta ketika tangkap4n dibuat, lelaki itu sedang makan kek berkenaan.

Alasan tak munasabah
Wanita itu telah dijemput oleh rakannya itu sebelum bergerak ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah wanita itu, dan lelaki berkenaan sebelum itu pula telah bergerak dari rumahnya yang terletak empat kilometer dari tempat kejadian.

Kes wanita itu disebut dahulu dan hukuman terhadapnya dijatuhkan dahulu sebelum peguam Shalehhuddin Salam yang mewakilinya memohon mahkamah menjatuhkan hukum4n ringan dengan mengambil kira ini kesalah4n pertama tertudvh.

Selepas itu, kes lelaki itu disebut dan semasa merayu hukum4n ringan terhadap tertuduh lelaki, Shalehhuddin berkata anak guamnya tiada niat untuk melanggar PKP dan memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa hukum4n penj4ra akan menjejaskan pembelajaran tertvduh.

Ditanya majistret di mana dia belajar, tertvduh lelaki itu berkata di sebuah universiti awam.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan memohon mahkamah menjatuhkan hukum4n berat sebagai pengajaran kepada tertvduh dan masyarakat supaya tidak mengambil mudah perintah PKP.

“Tertuduh (wanita) telah beri alasan sangat tidak munasabah, keluar dari rumah untuk jumpa tertvduh lelaki pada pukul 9 malam hanya untuk beri makan kek batik yang dibuat.

“Dalam tempoh PKP ini masyarakat harus ambil serius perkara seperti ini bagi mengelakkan penularan Covid-19 bertambah tervk,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Siswi dipenj4ra 7 hari, dend4 RM800, keluar rumah bagi rakan lelaki makan kek batik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*