Syarikat Jepun Hasilkan Mask Dari Baju Dalam Wanita Sebagai Gurauan, Tapi Habis Dijual

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh wilayah, termasuk ibu kotanya, Tokyo. Orang ramai berebut dan berpusu-pusu membeli topeng hidung dan mulut sehingga menyebabkan kekurangan bekalan untuk alat  pelindung paling penting itu.

Satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah dengan beratur di kedai sebaik sahaja penghantaran masuk, atau membeli pada harga yang tidak masuk akal.

Atsumi Fashion, sebuah syarikat fesyen yang berpusat di kota Himi, Jepun, cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah itu dengan menghasilkan topeng muka dari kain yang mereka ada.

Oleh kerana syarikat mereka menghasilkan pakaian dalam, Atsumi memvtuskan untuk membuat penutup hidung dan mulut daripada b4ju dal4m wanita.

Syarikat itu pada mulanya menghasilkan topeng dari br4 itu sebagai gurauan, tetapi ramai warga Jepun yang menyukai idea tersebut sehingga syarikat itu akhirnya bercadang untuk mula membuat lebih banyak reka bentuk dan memasarkan produk mereka.

Malah selebriti Jepun terkenal, Aya Kondo juga mengambil kesempatan untuk mencuba mask b4ju dal4m itu

Mula dijual pada 18 April, harga satu mask adalah 1,490 Yen (RM60.79). Memikirkan bahawa mungkin hanya sebilangan pengguna media sosial yang berminat dengan produk itu, Atsumi hanya menghasilkan 50 unit mask tersebut.

Tetapi jangkaan mereka salah apabila semua mask b4ju dal4m tersebut habis dijual dalam sekelip mata. Syarikat itu mengumumkan di akaun Twitter mereka minggu lepas bahawa mereka sudah mula menghasilkan lebih banyak topeng untuk memenuhi permintaan ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Mashable

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Syarikat Jepun Hasilkan Mask Dari Baju Dalam Wanita Sebagai Gurauan, Tapi Habis Dijual"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*