Tony Fernandes Isi Masa Lapang Baca Tentang Nabi Muhammad

Sebut sahaja nama Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes, pasti ramai tahun beliau tidak asing lagi dalam dunia penerbangan di Malaysia.

Baru-baru ini, perkongsian Tony Fernandes di Instagram mendapat perhatian netizen dimana beliau mengisi masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membaca buku mengenai Isl4m dan N4bi Muhammad SAW.


Menerusi perkongsiannya itu, Tony berkata dia membaca buku tersebut bertujuan memahami lebih dekat agama Islam yang dianuti majoriti rakyat negara ini. Tambahnya, masa inilah sangat sesuai untuk dirinya memahami, belajar serta bertoleransi.

Perkongsianya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan semoga Allah membuka ruang kepadanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Malah, ramai turut mendoakan semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.

Menerusi foto dimuat naik Tony, buku dibacanya adalah bertajuk ‘Al-Shama’il Al-Muhammadiyya’ yang bermaksud ‘Mengenali Rasulullah’.

Buku tersebut mengandungi himpunan 415 hadis tentang keindahan dan kehebatan sifat serta akhlak Nabi Muhamaad SAW seperti yang telah diriwayatk4n oleh Imam At-Tirmizi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Instagram tonyfernandes

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tony Fernandes Isi Masa Lapang Baca Tentang Nabi Muhammad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*