“Bila Nak Makan, Bangun Tidur Ayah Dah Masak..” – Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong akui dia adalah anak yang paling rapat dengan ayahnya, Ismail Embong di antara adik-beradik yang lain.

Menurut Emma, bila dia sudah dewasa dan tinggal sendiri pembantu peribadi serta pengurusnya pula yang sentiasa menemani dan menjadi pengganti bapanya

“Hidup saya hanya bersama pembantu peribadi dan pengurus sahaja untuk saya bermanja kerana selalu saya tidur bawah ketiak ayah sebab saya yang paling rapat dengan ayah.

“Bila dengan ayah pun saya nak makan tu bila bangun tidur ayah dah masakkan.

“Saya kira anak paling manja dengan ayah, jadi kira mereka macam peneman dan pengganti ayah lah,” katanya.

Emma akui perkara tersebut dalam temu bual ketika program realiti The House musim pertama (The House 1) dalam episod satu.

The House 1 sudah pernah ditayangkan pada tahun 2016.

The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bila Nak Makan, Bangun Tidur Ayah Dah Masak..” – Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*