Kesian Tengok Abang GrabFood Basah Kuyup, Red4h Banjir Paras Lutut

Sejak beberapa hari lalu, hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa kawasan di Malaysia sekaligus menjadi kesukaran buat mereka yang berkhidmat sebagai penghantar makanan.

Terbaru, sebuah video tular memaparkan seorang ‘rider’ GrabFood meredah banjir demi menghantar pesanan kepada pelanggan di sekitar Shah Alam, Selangor.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu dikongsi seorang pengguna laman Twitter, Zaff Wong sehingga meraih 8,200 tanda suka serta diulang kicau lebih 10,000 kali.

“Ya Allah kau murahkanlah rezeki abang Grab ni ya Allah. Permudahkanlah urusan dia. Aminnnn,” tulisnya petang semalam.

Melihat kesukaran ‘rider’ tersebut dalam keadaan basah kuyup mengharungi air paras lutut, rata-rata warganet tumpang kasihan serta berharap semoga Allah permudahkan rezekinya.

Gigih mereka bekerja

Kalau dah bayar, tak salah bagi mereka ‘extra’

Bergenang aku tengok!

Memang kasihan apabila melihat pengorbanan yang dtempuhi. Insyaallah penat lelah mereka akan balas dengan kebaikan dan rezeki melimpah ruah!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Zaff Wong

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kesian Tengok Abang GrabFood Basah Kuyup, Red4h Banjir Paras Lutut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*