“Saya Bekerja 24 Jam Dan Rindukan Ibu Sangat..” – Dr Amalina Titip Pesan Buat ‘Frontliners’

Pada ketika ini, kita boleh lihat ramai frontliners atau petugas barisan hadapan di seluruh dunia sedang giat menjalankan usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Tidak kira anggota polis, doktor mahupun jururawat, mereka semua tidak pernah berputus asa. Sokongan dan kata-kata semangat wajar diberikan kepada mereka lebih-lebih lagi kepada yang beragama Islam kerana perlu juga bertugas di bulan Ramadhan ini.

Baru-baru ini, Dr. Amalina menyatakan sokongannya kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam menghapus wabak Covid-19 ini.

elamat Menyambut Bulan Ramadan semua. Saya hanya ingin mengucapkan kepada semua Muslim frontliners di seluruh dunia untuk terus berjuang, dan menjaga diri anda sepanjang tempoh Ramadan ini, saya tahu ia akan menjadi sukar tetapi ingatlah untuk berehat dan berbuka puasa (iftar) pada waktunya jika boleh,” kata Dr. Amalina.

“Kita semua hadapinya bersama. Saya bekerja selama 24 jam hari ini, dan saya sangat merindui ibu saya tetapi marilah kita berharap supaya ianya segera berakhir agar saya dapat berjumpa dengan ibu dan keluarga saya tidak lama lagi (Dan kita semua dapat melihat keluarga kita tidak lama lagi), InsyAllah,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, dikhabarkan bahawa Dr Nur Amalina Che Bakri telah menyertai anggota pasukan saintis Imperial College di London dalam usaha pengujian vaksin COVID-19 yang kini semakin menular di seluruh dunia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Dr. Amalina

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Bekerja 24 Jam Dan Rindukan Ibu Sangat..” – Dr Amalina Titip Pesan Buat ‘Frontliners’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*