Ustaz Ebit Lew Henti Hantar Bantuan Selepas Dipanggil Pihak Polis

Umum mengetahui baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang dihentam susulan ada segelintir pihak kurang senang dengan dengan kerja kebajikan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, ramai yang tampil memberikan sokongan serta berdiri teguh di bekakang Ustaz Ebit Liew. Namun, masih ada segelintir pihak yang sengaja menyebar fitn4h yang bukan-bukan terhadap dirinya.

Terbaru menerusi perkongsian di Facebook,  Ustaz Ebit memaklumkan terpaksa berhenti menghantar bantuan buat sementara waktu selepas dipanggil oleh pihak polis.

Menurut Ustaz Ebit dia dihubungi oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu tular mengenainya selepas mendapat aduan. Bagaimanapun, Ustaz Ebit berkata dia dilayan baik oleh pihak polis.

Tambah Ustaz Ebit lagi, dia mengakui merasa sedih dengan apa yang terjadi. Jelasnya, sepanjang memberikan sumbangan, banyak wang persendirian yang dikeluarkan, namun tidak memaklumkan di media sosial.

Namun, sejak kebelakangan ini dia sering memuat naik gambar membantu golongan susah adalah kerana ada banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sudah penat di atas apa yang berlaku, Ustaz Ebit memohon maaf kepada semua pihak dan memaklumkan sepanjang bulan Ramadan ini dia hanya akan menyalurkan sumbangan melalui akaun bank sahaja atas saranan banyak pihak.

Kata Ustaz Ebit lagi,  dia juga ingin meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak serta isteri tercinta yang sebelum ini sering ditinggalkan demi membantu orang susah.

Diakhir perkongsian itu, Ustaz Ebit sekali lagi memohon maaf andai telah mengguris hati mana-mana. Malah, Ustaz Ebit turut meminta agar tidak tag namanya dalam kes orang susah kerana selepas PKP barulah dia akan turun padang untuk membantu.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit berkata tempoh PKP ini membuka matanya tentang siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan. Ujarnya lagi, dia tidak akan berdendam mahupun bermusuh dengan sesiapa dan berserah kepada Allah dengan apa yang berlaku sekarang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih dengan apa yang terjadi ke atas pendakwah berbangsa Cin itu. Malah, ramai yang mendoakan agar Ustaz Ebit tabah dan kuat dalam menghadapi ujian ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Facebook Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Lew Henti Hantar Bantuan Selepas Dipanggil Pihak Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*