Halang Ratusan Rohingya Masuk Negara, Enam Pegawai TUDM dinaikkan pangkat

Bak kata orang-orang dulu, “Yang bulat tidak datang berg0lek, yang pipih tidak datang melayang” yang mendidik masyarakat agar melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.

Peribahasa itu sesuai digambarkan dengan enam pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dinaikkan pangkat atas kejayaan mereka mengesan bot pendatang tanpa izin (PATI) Rohingya di perairan Langkawi pada 16 April lalu.

Juruterbang pesawat C-130H, Mejar Faizul Hussien Ismail dinaikkan ke pangkat pemangku Leftenan Kolonel dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron (Skn). Lima lagi pegawai turut mendapat pangkat yang sama.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Markas Tentera Udara pada 20 April lalu.

Terdahulu, TUDM berjaya mengesan bot berkenaan yang membawa 200 warga Rohingya pada kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi sebelum menghubungi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk ke lokasi pengesanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Halang Ratusan Rohingya Masuk Negara, Enam Pegawai TUDM dinaikkan pangkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*